Monday, January 28, 2013

Another Wedding

First time aku pergi wedding kawan en.Tunang..
Mumula cuak gak rasa sebab tak kenal sesapa..

Yang aku harapkan cuma Fizam & Ain.. Tapi diorang plak bole pegi wedding lain dulu.. T_T

Demi cintaku pada en.Tunang ecewah! Aku memberanikan diri membuat muka selambe dan follow saja..
Memang ramai kawan-kawan dia, tak mampu aku nak hafal semua nama.. ada beberapa je yg terpahat di ingatan, antaranya cik puan pengantin, Dayah, yg lepak semeja Oshin, Mas, Wati.. yg lain er sorry, next time kita jumpa lagi k, inshaaAllah, and i'll try to remember everyone's name ya.. sorry saya manusia biasa.. (-_-")

Mumula memang aku senyum kat udara, meja dan kawasan sekeliling saja.. tak tau nak pandang mana okay.. sungguh stanger perasaannya..
Mujurlah ada anak Puan Wati yg cute-mute-comey-lote-menawan kalbu yg aku dapat berborak (bahasa kanak-kanak), bagi dia tgk Camo.. excited budak kecik tu..! maka dapatlah aku senyum kat seorang manusia.. hihihi

Lepas tu, Ain & Fizam sampai, fuh tarik oksigen dalam-dalam dan L.E.G.A!
Dapatlah aku borak dan mengeluarkan suara mahalku ini.. wahahaha!

En.Tunang macam biasa, penuh kemesraan dengan para tetamu (dah mcm kenduri dia plak abis semua dia kenal).. Okaylah, bagus en.Tunang saya ni.. baik dengan semua org.. kalau bukan aku puji sape plak nak puji kan.. ehehe..

Lepas tu dah kelam-kabut balik ada meeting.. Inshaa Allah next time kita bersua lagi ya kawan-kawan baru.. Terima kasih harap sudi terima saya seadanya sebagaimana anda menerima En.Tunang sayang saya sebagai kawan.. (^_^)

Di malam yg dingin ini, aku telah meng'edit' beberapa keping gambar buat tatapan dan kenangan.. :)


p/s: Alhamdulillah we are raising a brave warrior named Camo a sugar glider.. she saved her life from a cat and stayed in a place she hated the most which is water for a long time.. she grabbed my finger and hugged it tightly when we found her .. Thank God.. Puji itu milik yang Maha Esa Allah SWT.. Wallahu'alam...

Sunday, January 20, 2013

kalau dah jodoh


Semalam Gump punya reception.. kitorang dah kawan lama.. daripada Beta kat MMU..
Satu kelas, satu group, satu gang.. Cerdik Masuk..

Nama 'Cerdik Masuk' tu pon dapat disebabkan Gump a.ka. Sam atau nama sebenar Fahimi yang cerdik masuk.. espesially part parking.. haha..
kenapa Gump..? ntah aku tak tau..
yang aku tau bebudak ni start panggil dia Sam sebab ada satu time tu rupa dia macam Sam - Lord of The Rings.. LOL..

Gump akhirnya bertemu jodohnya dengan Mimi.. classmate kitorang jugak dulu..
Tapi dulu kitorang dengan Mimi lain gang.. Memang tak pernah lepak sesama..
Ntah cemana, bila masa Gump bole jatuh cinta dengan si Mimi tu pon tak tau.. Dengar kata dari facebook..
Punyalah bertahun-tahun satu kelas hari-hari jumpa tak pernah bertegur sapa, last-last contact kat facebook, kawin.. huhu pelik tapi benar..
itulah namanya JODOH kawan-kawan.. (^_^)

Okay dude! Di sini ada beberapa keping gambar untuk tatapan...

Mama Linda bersama gang 'Cerdik Masuk'.. tanpa Bona & Kak Nad.. eh, mana Arm? Aduh...


Hero bersama heroinnya

light . camera . smile Fahimi & Mimi! :D

FCM Classmates

Makan Beradap


Hari tu dah tanya Gump, "apa theme color family ko? taknak la sama nanti.."
Hari kejadian, aku lupa plak Gump cakap color apa.. Sampai je, yes! Biru! Thanks.. 
(-_-")

p/s: *Friend's wedding ke-2 bersama En.Tunang! :) we are next! huhu! 

Sunday, January 13, 2013

Warkah Buat Kekasih

Wahai Bakal Suamiku,

Maafkan aku...
Kerana sehingga detik ini belum kau baca ayat-ayat cintaku..
Sehingga waktu ini, belum ku coret namamu..

Kumohon kemaafanmu..
Tak mampu memperkenalkan cintaku padamu dari dulu...
Sesungguhnya, aku telah lama menunggu dirimu..
Lebih lama dari waktu aku menulis tentang jodoh di sini..
Lebih lama dari waktu aku mencoretkan doaku yang kukarang penuh hati-hati ini..

Maafkan aku,
Berkali-kali memungkiri janjiku sendiri..
Berkali-kali membuat kesilapan..
Sehingga ada waktunya, aku hampir putus asa menunggumu yang tak kunjung tiba..
Merasa sesat kerana sendirian..
Dikecewakan mereka yang tak akan pernah jadi kamu..

Walaupun ada waktunya aku hanya mahu sendiri..
Aku tetap percaya dan tetap menanti..
Kerana walau kita tak pernah bersua, aku tetap selalu percaya..

Maafkan ketidakupayaanku,
Kerana masa dan waktu itu bukan milik kita..
Dalam mindaku, tetap kufikirkan kamu..
Dan aku selalu mengharapkan kamu ada di sisiku..
Kerana adakalanya aku takut sendirian...
Aku rasa hidupku kosong tanpamu...

Bakal suamiku..
Aku mahu kau tahu, dari dulu aku percaya adanya kamu..
Kerana kisah cintaku, tak ubah seperti cerita ini..

........

Detik akhirnya kita bertemu lagi..
Do'aku termakbul jua saat kau memanggilku sayang..
Dan menyatakan hasratmu untuk menikahiku berkali-kali..
Bersungguh-sungguh kau menyatakan niatmu itu dari mula..
Maafkanku yang selalu menangguh-nangguh...

Duhai tunangku,
Sesungguhnya kau telah melayanku dengan baik sekali..
Dan telah berjaya memikat hati keluargaku..

Kau telah benar-benar membahagiakanku..
Kau selalu ada saat aku perlukan kamu..
Dan bila kau tiada, aku jadi rindu...

Bakal suamiku..
Terima kasih kerana telah meminangku..

Cinta suci ini hanya untukmu..
Warkah cintaku ini hanya untukmu..
Dari dulu... Mohd Khairul Azhar Zainal...

Love,
Bakal Isterimu

p/s: ayat dari hati memang poyo.. kan kan kan.. :P

Friday, January 11, 2013

aku akan bersamanya


yes, i want to live with him...

ya, aku mahu hidup dengan dia...

the one who will always make me smile..
si dia yang selalu buat aku tersenyum..
who will always make me laugh..
si dia yang selalu buat aku ketawa..
who will shed my tears away..
yang akan menghapuskan air mataku..
who will always made my day..
yang akan selalu menceriakan hariku..

who will have fun with me all the time..
yang akan bergembira denganku setiap masa..
who will scream with me on a roller coaster ride..
yang akan menjerit bersamaku di atas roller coaster..
who will lie by my side at the beach..
yang akan baring di sisiku di pantai..
who will jump happily with me at the lake..
yang akan melompat kegembiraan bersamaku di tasik..
who will sit beside me at a waterfall..
yang akan duduk di sebelahku di air terjun..
who will laugh loudly with me when i fall..
yang akan ketawa bersamaku bila aku terjatuh..
who will never be bored listening to my never ending stories..
yang tidak akan pernah bosan mendengar kisahku yang tak pernah habis..
who will never get tired telling me stories..
yang tidak akan pernah letih bercerita padaku..

he will hug me tightly when i'm angry..
dia akan memelukku erat bila aku marah..
and will let me hug him when he is angry..
dan dia akan membenarkanku memeluknya bila dia marah..
he will always hold my hand when we walk..
dia akan selalu memegang tanganku bila kami berjalan..
and will piggyback me when i'm tired..
dan akan mendukungku bila aku letih..
he will pick me up from work..
dia akan menjemputku pulang dari kerja..
and will drive me home safely..
dan akan memanduku ke rumah dengan selamat..
he will give me advise when needed..
dia akan menasihatiku bila diperlukan..
and will listen to my opinion and advise..
dan akan mendengar pendapat dan nasihatku..
he will lecture me when i did something wrong..
dia akan meleteriku jika aku lakukan kesilapan..
he will know all my problems and will let me know his..
dia akan tahu semua masalahku dan akan berkongsi semua masalahnya..

my friends will be his and his friends will be mine..
kawan-kawanku akan jadi kawan-kawannya, dan juga sebaliknya..
my hobbies will be his and his hobbies will be mine..
hobi-hobiku akan jadi hobi-hobinya, dan juga sebaliknya..
we will be best friends and lovers..
kami akan jadi teman baik dan kekasih..
he will love me as much as i love him..
dia akan menyayangiku sebanyak aku menyayanginya..
we will never leave each other alone..
kami tidak akan meninggalkan satu sama lain..
we will share everything together.. forever..
kami akan berkongsi segalanya.. selamanya..

no pretending.. no sweet talking.. no empty promises..
tiada kepura-puraan.. tiada ayat manis.. tiada janji kosong..

originally written on 22nd June 2009 - i'll be with him


p/s: supaya kamu faham isi hatiku yang dari dulu... (^_^")

Thursday, January 10, 2013

Wedding New Year!

First of all!

Selamat Tahun Baru 2013..!!! yes this world is ruined, but it's still exist.. Sorry dear Mayan..

For you! yes you who are reading this, please like my page: http://www.facebook.com/dmkazpictures
We have New Year Promotion! Kow2 punya discount!


and yesterday we bought P1..! So here's our new office number:
+603  2631 0736
operating hour: 10.00am - 6.00pm

Alhamdulillah, today we have 105likes since it's created on 12/12/12.. :D
Hopefully will have more and more.. hope to get more halal jobs.. Amiiiiiin~

............

Lately i found myself listening to wedding songs, watching wedding videos, liking wedding-related pages in fb and most importantly, editing wedding video..

Yes, my own wedding is just a round the corner..
We've been to the best 'Kursus Kahwin' ever at LPPKN organized by KPIM..
The second Ustaz was super garang weyh!

Masuk-masuk je, ayat pertama selepas salam dan do'a:

"Ni semua nak kahwin ni? Dah fikir betul-betul..? Tak payahlah.. Nanti esok-esok datang ofis saya meraung-raung mintak cerai.."

Pergh kan..?! 

and then he goes on:

"Lelaki.. korang dah ready nak hidup dengan makhluk ni..?" (sambil menuding ke arah kami)..
"Korang tahu tak makhluk ni dahla bodoh, lepas tu dia nak korang pon jadi bodoh..?" (dalam hati, mak aih.. makin ganas ustaz ni)
"Perempuan, saya nak tanya.. Kalau satu hari nanti bergaduh dengan suami, merajuk lari masuk bilik, kunci pintu. Lepas tu suami datang ketuk pintu sambil jerit 'Woi! Bukak pintu ni..!'.. Korang bukak tak..? Sapa nak bukak, angkat tangan.."

Beberapa ketika kemudian, hanya bunyi aircond dan nafas-nafas keras yang kedengaran.. Senyap je hall tu.. takda tangan yang berangkat, termasuklah tangan aku. Elok je kat atas peha.. haha

"Tengok! Calon isteri derhaka.. Kan saya dah cakap, derhaka kalau tak menyahut suami panggil.." (sambil menunjuk ke arah slide di screen)

"Lagi sekali saya tanya, suami jerit panggil, Woi! bukak pintu ni! sapa nak bukak pintu?"

Masih tiada tangan berangkat. Minah sebelah aku dah angkat dah, tapi angkat jari je kat paha.. LOL

"Tengok! tadi calon.. Sekarang dah confirm isteri derhaka!"

Pergh lagi kan..?!

"Lelaki, korang tahu tak diorang nak korang buat apa? Diorang nak korang bercakap dengan pintu tu.. Macam ni (sambil menunjukkan gaya sedang merapatkan diri ke pintu) sayang... abang sebenarnya nak pujuk sayang, tapi sayang kunci pintu, macam mana abang nak masuk? Kalau boleh berbisik dengan pintu tu (memperlahankan suara) bukaklah pintu ni sayang, bolehla abang pujuk sayang.....
Perempuan.. kalau suami buat macam tu, bukak tak? Sapa nak bukak angkat tangan"

Semua perempuan angkat tangan, termasuk aku.. :P

"Ha! Kan bodoh tu bercakap dengan pintu..! Lelaki, korang sanggup nak jadi bodoh macam tu? Itu baru bercakap dengan pintu.. banyak lagi sebenarnya......."

hahahahaha! berdekah-dekah satu hall..

Pergh! Tepat je ustaz tu bagi sepanjang kursus.. Memang persediaan rapi.. Realiti je dia bagi..
Takda janji-janji manis dah..

Tapi, in the end.. Semua penceramah memberikan info,nasihat dan tips yang sangat berguna untuk kami. Inshaa Allah, harap aku akan ingat dan gunapakai bila dah berumahtangga nanti.. aku harap dapat jadi isteri solehah...

Memang aku cadangkan sapa yg duduk area KL dan nak pegi kursus kahwin tu, elok sangat cuba pergi kat LPPKN ni. Sangat selesa. Penceramah semua best, tak mengantuk langsung.. Parking senang. Makan disediakan. Kemudahan semua lengkap. Bawak duit lebih, ada macam-macam boleh beli kat situ.. Dan yang paling penting, pastikan aurat dijaga ya.. nanti sia-sia ja kena sound.. hehe

Untuk maklumat lanjut, boleh layari website ni:
http://www.kpim.net/2012/02/kursus-kahwin.html

Ok, selamat mendirikan rumahtangga buat pasangan yang dah bertunang macam saya! (^_^)
Bagi yang sedang menunggu calon yang belum kunjung tiba tu, sabar..
Setiap manusia dicipta berpasang-pasangan.. Mungkin diri belum bersedia.. Inshaa Allah sampai masa akan dipertemukan jua.. dan semoga bahagia hingga ke syurga..

And of His signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquillity in them; and He placed between you affection and mercy. Indeed in that are signs for a people who give thought. - Ar-Rum : 21

p/s: memang persoalan tentang cinta dan fitrah kejadian lelaki dan wanita sedikit sebanyak terjawab lepas aku selesai kursus kahwin tu.. Alhamdulillah..