Monday, April 29, 2013

HomeMade Meal

Alhamdulillah..

Sejak dua menjak ni mmg banyak mkn.. erm, my hubby mmg saaaaangat suka memasak..
Tapi kitorang ni bukanla jenis yg kuat makan.. n jenis yg memilih pulak tu.. isk isk isk.. tak baik tu.. jangan contohi ye.. makan je semua yg halal.. kalau dh berusia mcm ni, baru nk try mmg tekak dah susah benor nk terima..

Nasib baikle dapat husband yg pandai masak ye.. kalau tak, runsing gak jdnya.. Lg runsing kalau dia jenis cerewet plk nk mkn yg sosodap je kan.. Tp sesambil tu kenala rerajin ke dapur belajor gak..

Hah! Tp jgn ingt isteri x pandai masak tak ada gunanya.. Antara benefit suami yang memasak ni, biasanya isteri akan sesama tlg kt dapur.. Sediakan bahan.. Tolong kemas.. Kalau isteri yg masak kt dapur, jarang sekali nk tgk husband tolong sama.. Tungging-langgangla sensorang kt dapur tu..
So doa-doalah dpt husband yg pandai masak n suka masak ye.. (^_^')

Ok, cerita banyak tarak guna.. time untuk gambaq, gambor, gambar....!!

HomeMade Chicken Chop in pan!

The Yummy Mushroom Sauce

En.suami punye! 

Saye punye! ^_^

Ok, semua di atas adalah homemade... Mmg sedap.. Takla sesusah mana..
Cuma perlu 'Masak Dari Hati, Masak With Iman....' hehehe

p/s: kalau nk tau cemana nk buat semua ni, blh tgk TVAlhijrah setiap Ahad 3.30pm.. bersama Chef Ammar.. 

Thursday, April 25, 2013

Husband & Wife

it's a great gift from Allah swt.. Alhamdulillah...

hidup bersuami memang lain.. berbeza..
dulu keputusan boleh buat sorang-sorang tapi sekarang semuanya harus dikongsi..

tapi jika dilihat secara positif, 'Pelengkap Hidup'.. Yup.. my husband complete me..
it's a new journey...
i'm still learning.. inshaa Allah....

do'a & tips suami isteri dari yang berilmu:








dear my husband...
As long as you Love Allah swt and Rasulullah saw, i will Love you with all my heart, inshaa Allah...
Semoga Allah swt melimpahkan rahmatNya pada kita hingga ke Syurga-Nya...

p/s: ni tongah musim demang pilihe ghaya ni.......

Wednesday, April 17, 2013

Rajin : baca

"Malaysia negara demokrasi.. rakyat bebas bersuara.."

Aku pernah membesar di Pulau Langkawi. Ya! Pulau bebas cukai itu. Pulau yang menjadi 'syurga' untuk 'golongan maju' di bandar hari ini.

.........

Waktu itu aku membesar bersama Islam.. Sama seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang seusia denganku. Islam sedang berkembang luas waktu aku kecil..

Aku masih ingat, ibu bapaku yang pada awalnya agak 'jahil' tentang ilmu Islam; bukan dengan sengaja, tetapi waktu mereka membesar, Malaysia masih muda dan sedang membentuk. Rakyat Malaysia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti sangatlah sedikit bilangannya, dan ibubapaku bukanlah dari golongan yg sedikit itu, kami dari keluarga 'orang kebanyakan'..

Waktu kecil, kami dihantar ke 'sekolah kebangsaan' pada waktu pagi seperti kanak-kanak lain seusiaku.. Waktu malam, kami dihantar mengaji Al-Qur'an.. biasanya di masjid, surau atau rumah Tok Guru..

Sedang aku meningkat remaja, waktu itu juga Islam sedang membangun.. Aku diajar tentang hukum-hakam di sekolah, dan diperingatkan semula oleh ibubapaku di rumah..
Di TV dan media, sekatan dan penapisan dilakukan untuk mengelakkan masalah moral.. Ibuku sudah mula bertudung dan mengajar kami menutup aurat..

Ibubapaku amat tegas dengan isu bertudung waktu itu. Kami dilarang keluar rumah tanpa tudung. Isu cinta pula, lagilah penuh halangan. Bercinta memang haram untuk kami waktu itu. Budak lelaki tidak dibenarkan menghubungi kami di telefon.

Aku akui, aku bukan anak yg wara'. Pengaruh luar membuat aku ingkar perintah ibubapaku. Tetapi kerana ketegasan mereka waktu itu, aku sekadar nakal.

.........

Waktu kecil, setiap karangan tentang tokoh atau idola, nama Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamad pasti tercatat di kertas. Hampir semua karangan menceritakan tentang beliau. Aku juga amat kagum dengan beliau.

Namun semakin aku meningkat remaja, aku mula terdengar kritikan tentang beliau. Antara yang paling 'terkesan' terhadap aku ialah pembinaan 'Burung Lang' yang menjadi lambang kemegahan Pulau Langkawi hari ini.

Mungkin ramai yang tidak tahu, pada mulanya ada sepasang patung, burung Lang jantan & betina yang menghadap matahari terbenam. (So sweeeeeetttt)

Tetapi para Ulama' di Pulau Langkawi amat berkeras menghalang pembinaan patung itu.

Salah satu faktor utama mereka menghalang waktu itu kerana ia seumpama berhala malah menghadap kiblat umat Islam.
Namun, atas arahan Perdana Menteri Malaysia waktu itu, ia tetap dibina cuma seekor dan dialih arahnya sedikit..

Kononnya:

Dataran Lang 
Menyusuri lautan luas ke Pulau Langkawi dan dari kejauhan kelihatan lambaian replika seekor burung helang gergasi apabila menghampiri jeti di Langkawi.
Ukiran replika burung helang yang berukuran 12.6 x 21.6 meter berdekatan dengan jeti pulau lagenda ini merupakan sebuah lagi mercu tanda yang terdapat di dalam daerah Langkawi. Ianya merupakan cetusan ilham YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad. Pembinaan replika ini telah menelan belanja sebanyak RM12.5 juta dan merupakan sebuah lagi dataran yang menarik di Pulau Langkawi sebagai tempat pelancongan.

Tetapi adakah anda tahu akibat pembinaannya untuk kami di Pulau Langkawi waktu itu? Ya, memanglah tiada siapa yang menyembah patung itu hari ini. Harap tiada sampai bila-bila.
Tetapi, kesannya hilanglah satu pantai tempat kami bermain istana pasir. Semakin jauhlah desiran ombak dari pendengaran kami. Pulau Langkawi sudahpun terkenal tanpa burung itu. Sudah ramai pelancong yang datang. Ramai pelancong datang untuk menikmati keindahan alam dan dapat juga membeli-belah. Sebelum wujudnya burung itu, kemegahan Pulau Langkawi adalah Masjid Al-Hana di Kuah yang dapat dilihat sebaik sahaja tiba di jeti. Hari ini, Masjid itu sudah dilindungi oleh seekor burung gergasi. 

Bermulalah masalah sosial remaja di kalangan kami waktu itu. Ibubapaku sudah mula pening kepala risaukan kami yang mula terpengaruh dengan keseronokan dunia yang semakin maju dibawah naungan Perdana Menteri waktu itu.

.........


Sehinggalah munculnya Timbalan Perdana Menteri waktu itu, Dato' Sri Anwar Ibrahim, tokoh baru yang mula dicatat di buku-buku sekolah sebagai idola. Nama beliau sering disebut-sebut para ibubapa. Isterinya yang sopan menutup aurat dan selalu tersenyum mula menjadi idola para ibu. Kebijaksanaannya menjalankan tanggungjawab membuat para bapa lega.

Aku ingat lagi, kami sekeluarga pasti bersama-sama menonton 'Bajet Negara' yang dibentangkan beliau, yang merupakan Menteri Kewangan juga, saban tahun. Sorakan gembira dilaungkan setiap kali. Rakyat sudah mula menarik nafas lega. Alhamdulillah ada tokoh yang berakhlak di kalangan mereka. Inilah penyelamat masa depan negara. Dan waktu itu tiada siapa yang menolak kejujuran Dato' Sri Anwar Ibrahim. Jelas kelihatan dari raut wajahnya yang bercahaya setiap kali keluar di kaca TV. Ramai yang mula bergurau, kalau beliau bertanding, mungkin Dato' Sri Mahathir Mohamad akan bersara.

.........

1998 - Berita yang menggemparkan seluruh rakyat Malaysia.

Tiba-tiba, tokoh baru yang diharapkan untuk membimbing negara di dalam kemajuan telah ditahan atas tuduhan yang sangat berat, liwat. Memang ramai yang tidak percaya pada mulanya. Menganggap itu fitnah semata-mata. Mana mungkin tokoh berwajah jujur bercahaya, yang sentiasa menunjukkan akhlak baik itu melakukan perkara terkutuk sebegitu? Isteri dan keluarganya kelihatan sangat jauh lebih baik dari keluarga para menteri kebanyakkannya waktu itu yg hanya berselendang menampakkan jambul di depan... Mana mungkin? ...Kehendak Allah...

.........

Hari ini, 2013. Secara peribadi aku lihat negara ini sungguh kucar-kacir. Hidup pula di bandar Kuala Lumpur yang maju. Rungutan dan keluhan lebih banyak dari senyuman. Setiap hari ada sahaja isu dan masalah yang timbul.

Hari ini, tiada lagi kanak-kanak yang dirotan kerana tidak pandai mengaji atau ponteng mengaji.

Hari ini, para remaja ke kelab malam, minum arak dan mengadakan hubungan seks/zina bersama pasangan menjadi perkara biasa.

Hari ini rasuah seakan-akan keperluan dan menjadi 'common' dalam urusan perniagaan. Di mana-mana sahaja ada, sehingga jika difikir secara logik, dah tak tahu macam mana nak betulkan.

Hari ini, jika ada yang berpesan tentang agama dikata kolot malah dituduh sesat.

Hari ini, remaja Melayu bebas melaungkan mereka golongan Atheist (tidak percaya tuhan).

Hari ini orang Islam bergurau-senda tentang neraka yang bakal dihuni kerana dosa yang banyak.

.........

Nauzubillah.. Ya Allah, selamatkan kami umat Islam...
Hidup dan mati kami hanyalah untukMu...
Kami takut dengan azabMu Ya Rabb...
Ampunkan kami Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun...

.........

Alhamdulillah, hari ini juga Allah memberi semangat dan kekuatan kepada para Ulama' untuk bangkit menentang kebatilan. Memberi ilmu kepada yang semakin jahil.

Alhamdulillah, hari ini juga Allah memberi kemudahan untuk meningkatkan ilmu di kalangan umat Islam seluruh dunia.

Alhamdulillah, hari ini Allah juga kurniakan kesenangan untuk umat Islam seluruh dunia berhubung mengeratkan silaturrahim.

.........

Semoga rahmat Allah tidak terus hilang. Semoga Allah perkenankan doa orang-orang yang beriman untuk memartabatkan Islam demi masa depan keluarga, keturunan dan seluruh umat Islam menuju ke Syurga Allah yang abadi...

Friday, April 05, 2013

Married

Alhamdulillah..

Dah pun sebulan 3 hari aku diijabkabulkan dengan suami tercinta MKAZ...

Syukur pada Ilahi, mata dan hatiku dibuka jua...

Pernah suatu ketika aku sangka 'Perkahwinan' is the end of the story.. macam citer fairytales..

Happily ever after...
Oleh sebab itu, aku tak terlepas dari terjebak dengan 'bercinta'...

Waktu 'bercinta', aku sangka aku sedang pelajari cara bahagia..

Waktu 'bercinta', aku fikir aku sedang membentuk diri untuk menjadi isteri..

Tapi sekarang aku sedar, waktu 'bercinta' tak sepatutnya ada..

'Bercinta' hanya dapat dirasa sempurna selepas 'bernikah'..

Perkahwinan bukan penyelesaian masalah waktu 'bercinta'..

Berkahwin adalah 'bercinta'..

Dalam perkahwinan ada masalah yang sama, bezanya cara penyelesaiannya..

Cara-cara sempurna yang tak mungkin boleh dilakukan sebelum ijabkabul..
Keegoan yang tak mampu ditepis sebelum ikatan yang sah terjalin..
Rasa cinta sebenar dari jiwa...


He loves to ride

and I love to read

So we do both... (^_^")

Untungnya kita sebagai umat Islam, percintaan ikhlas kita inshaa Allah tiada penghabisan..

Allah menjanjikan syurga untuk hambaNya yang beriman..
Andai Allah perkenankan do'a, walau selepas maut menjemput, kita masih ada peluang berjumpa di syurga... alam abadi yang dijanjikanNya untuk bahagia..

Semoga Allah sentiasa tunjukkan jalan untuk menuju ke sana..

"Ya Allah, tunjukkan kami jalanMu yang lurus, jalanMu yang benar, jalan yang Kau redhai.. Sesungguhnya kami takut dengan seksaMu apatah lagi nerakaMu.. terimalah kami di syurgaMu Ya Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani... Permudahkan jalan kami.. Ameeen Ya Rabb..."