Tuesday, December 25, 2012

Kenduri kendara

Weekend lepas aku balik kampung.. Perjalanan 4 jam dengan maksu kerana AES di sana sini, jadi tak boleh nak bawak laju walaupon jalan tak jam...
Perjalanan sangat lancar.. Syukur Alhamdulillah kami selamat tiba tepat pada waktu makan jam 10.30 malam di rumah makngah.. hehehe.. Cuma terlepas majlis Akad Nikah yang dah berlansung lepas A'sar di Masjid.. Riuh rendah dengan adik beradik.. maklumlah keluarga aku memang besar...

Esoknya lagilah riuh... kenduri.. ok jom tgk gambar yg maksu sempat snap dan upload...


ok jangan pelik.. ni mmg bukan gambar wedding.. sebelum ke rumah makngah kami sempat singgah di rumah baru Maksu Linda.. dah macam showroom.. maksu linda mmg terer ar bab mencantikkan sesuatu ni... salute!


ha! amek hang! ni barulah Merah Makngah! dapat gak makngah buat wedding anak last dia ni ikut warna kesukaan dia dari dulu yang mmg diketahui oleh seluruh keluarga... cantik pulak tu izati pakai warna merah menyala mcm ni...


yang ni pulak berpossing dulu kat butik pengantin untuk baju kedua.. lepas ni nak pi photoshoot outdoor..

dan seperti dijangka hujan turun mencurah-curah.. pikiaq punya pikiaq punya pikiaq, tetiba izati ajak pi stesyen keretapi lama Parit Buntar.. Great Idea indeed!!!


erk, ni pengantin lama bukan pengantin baru... hahaha! gambaq pengantin maksu tak upload la plak kan.. nanti maksu dah upload aku tambah kat sini... ni cik maksu berpossing ngan anakanda kesayangannya...


hehe.. dan aku takkan nak terlepas peluang tgk saja depa duk berpossing depan Samsung Galaxy Note 2 maksu yang cun melecun tu kan..... hahaha! inilah hasilnya.. menunggu keretapi yg tak kunjung tiba sebab stesyen ni dah tutup sebenarnya.. LOL!

ok, seperti yang dijanjikan.. ni gambar pengantin di Stesen Ghetapi Paghit Buntaq...

p/s: Alhamdulillah, balik kampung kali ni dapat Solat Berjemaah dengan Abah dan Mama.. Abah jadi Imam ku buat pertama kalinya dalam hidupku.. Walaupon bacaan abah tak macam ustaz, tapi sanagt berkesan di jiwa aku... mungkin sebab dia abah aku kan.. Indah sungguh rasanya solat berjemaah dengan kedua ibubapa.. Alhamdulillah syukur Ya Allah beriku kesempatan ini....

Then you turned away after that. And if not for the favor of Allah upon you and His mercy, you would have been among the losers. Al-Baqarah:64

Thursday, December 20, 2012

Siapa Diana..? #1 #2 #3

p/s: aku percaya aku istimewa.. aku percaya setiap manusia ada keistimewaan masing-masing..

#1 - Pengenalan

'Siapa Diana...?' adalah kisah aku, dari perspektif aku sendiri, bertujuan untuk mengingatkan diri aku sendiri dan In Shaa Allah keturunanku akan apa yang aku telah pernah lalui.. Yang baik semuanya dari Allah s.wt, dan yang buruk adalah dari kelemahan dan kejahilan aku sendiri... 

#2 - Tempat Lahir

Aku dilahirkan di Perak. Hospital Besar Parit Buntar, Perak. Tapi kome jangan suruh aku cakap perak, memang aku tak pandai.. Kampung aku (keluarga belah mama) kat Sungai Bakau, Nibong Tebal, Pulau Pinang.. Kami orang Penang.. Cakap loghat utara, nak sama macam Kedah.. Tapi kami tak dibesaqkan makan nasik kandaq.. Kami makan nasi putih ngan sambal ikan keli time breakfast... Depan dan belakang rumah ada bendang.. ok, nanti aku cerita pasal kampung yang ni.. sekarang topik Tempat Lahir.. so, memandangkan hospital parit buntar tu lebih dekat jika dibandingkan dengan hospital pulau pinang, jadi kat situlah lebih mudah dan lebih afdal untuk mama melahirkan aku.. Alhamdulillah.. 14 Julai 1984 baby gemuk berlapis-lapis ni selamat dilahirkan... thanks mama, sebab sabar dan tabah berperang dengan maut melahirkan aku... Syukur Alhamdulillah mama selamat...

#3 - Kampung Rimba Jaya

Aku membesar di sebuah perkampungan Melayu di sempadan Klang-Shah Alam bernama Kampung Rimba Jaya. Kampung tu dah tak wujud sekarang... beberapa tahun lepas, kampung yang penuh dengan peradaban Islam itu telah dihapuskan... kampung yang mengajar aku membesar dengan Al-Qur'an itu telah dimusnahkan... dan sayangnya, orang-orang tua yang membina kediaman di situ, membangunkan peradaban Islam di situ, yang mengajar erti moral untuk anak-anak muda di situ, ramai yang dah tak ada.. yang tinggal anak-anak dan cucu-cucu yang tak tahu cerita, yang bukan pengusaha, yang takut nak bersuara.. Mujur Allah s.w.t tahu, dan secara tak langsung membantu aku, keluar dari situ lebih awal.. Alhamdulillah, setiap yang berlaku ada hikmah...

Aku tinggal dengan maktok, paktok, mummy, kak uya & abang daus.. seingat aku sejak aku kecil la. Mama, abah & zira dah berpindah ke Langkawi masa tu..  Tadika ku ada 2. Satu di Kampung Rimba Jaya dan satu lagi di Langkawi. Aku berpeluang untuk tinggal di kedua-dua tempat secara bergilir-gilir.. Aku pun tak ingat berapa lama di setiap tempat, tapi di setiap tadika ada kenangan tersendiri.. 

Masuk darjah 1, aku tak boleh lagi bergilir sekolah. Jadi abah suruh aku pilih nak tinggal di mana dan dengan siapa.. Aku pilih untuk tinggal dengan maktok & paktok.. Ya, abah memberi peluang untuk aku memilih sendiri. 

Sepanjang itu rutin hidup aku sentiasa dicatat oleh paktok di dalam diari hariannya. Paktok mmg tak pernah lupa tulis diari.. sampai tahap bila dah tak lama dan mula nyanyuk, dia tulis kat apa saja kertas yg dia jumpa.. surat khabar, sampul surat etc. Cara penulisan pulak, aku ingat lagi:

0630: Diana bangun
0645: Diana mandi
0713: Uya mandi
........
2010: Diana, Uya, Daus pegi mengaji
2225: Diana, Uya, Daus balik mengaji
........

Dari paktok aku dah belajar jam international.. :D
Sayang, diari-diari paktok dah rosak masa banjir dulu...

Ok, ini cara aku:

Bangun, mandi dan bersiap ke sekolah. Masa darjah 1 paktok hantar ke sekolah naik basikal. Balik sekolah paktok dah tunggu kat depan gate.. Ada sekali tu, tali leher yg aku pakai (uniform penolong ketua kelas) tersangkut kat tayar basikal gara-gara aku bukak dalam perjalanan sebab dah nak sampai rumah.. Memang akibatnya tergolek la aku ngan paktok kat jalan tu.. Teruk aku kena bebel ngan paktok. Memang aku tak buat dah lepas tu.. Pastu maktok jahitkan tali leher baru utk ganti yang sekolah punya. Banyak lagi kenangan aku dengan paktok dan maktok sebenarnya, In Shaa Allah akan menyusul aku buat topik #Paktok dan #Maktok.. 

Balik, mandi, makan bersiap pegi sekolah agama pulak.. Biasanya aku mesti sampai time loceng bunyi.. Tetiap hari kena berlari ke kelas. Lembab btol pergerakan masa kecik.. Tetiap hari Paktok sabar tunggu aku kat depan rumah.. Aku plak, tetiap hari kalut, tapi tetiap hari lambat.. (-_-") Masa tu uniform sekolah agama untuk perempuan tudung putih, baju kurung putih dan kain hijau. Lelaki pulak, songkok hitam/kopiah putih, baju melayu putih dengan sampin hijau. Comel kan..? Game paling popular kat sekolah time tu adalah 'batu seremban' dgn 'zero point' (lompat getah yang sambung-sambung tu). Aku di kalangan yang biasa-biasa je. Tak terer sangat nak melompat tinggi-tinggi pakai kain. Haha!

Setiap hari perjalanan aku pergi dan balik sekolah akan lalu kuil Hindu di hujung simpang.. Ya, kami hidup aman bersama kaum lain di situ.

Balik sekolah agama, mandi bersiap pegi mengaji kat umah Cik Pah.. Alhamdulillah, ramai yang khatam Al-Qur'an di situ..
Ok, kat Kampung Rimba Jaya ada 2 tempat mengaji malam. Satu kat Surau, satu lagi kat umah Cik Pah. Aku tak sure kenapa (mungkin surau dah penuh), tapi aku, Kak Uya, Abg Daus dan beberapa jiran memang mengaji kat umah Cik Pah.. Ramailah yang mengaji sama-sama setiap malam.. Beratur.. Lagi lambat datang, lagi lambatlah balik.. Biasanya aku balik dalam jam 10++ malam. Pastu mula la jalan ramai-ramai terkepit-kepit, penakut semuanya.. Pastu ada pulak yang kaki mengusik tunggu tepi jalan.. Macam-macam bunyi burung jadian boleh dengar.. Haha!

Kampung Rimba Jaya masa tu belum ada elektrik. Kami hidup menggunakan 'mesin janakuasa' atau lebih dikenali sebagai 'generator'.. Generator ada kat Kedai Cik Jalil, iaitu kedai runcit yang terkenal di Kampung Rimba Jaya. Aku tak tau mcm mana, tapi kuasa elektrik dari generator tu disambungkan ke rumah-rumah termasuklah rumah paktok. Generator dibukak jam 7.00 malam hingga 12.00 tengah malam, Isnin hingga Jumaat. Sabtu & Ahad dari jam 2.00 ptg (Cik Jalil layan Hindustan) hingga 12.00 tengah malam. Di waktu lain kami menggunakan pelita dan gasoline sebagai lampu. Hidup penuh disiplin. Nak gosok baju tak boleh tangguh-tangguh.. Masa dah tetap.. Nak tengok tv tak boleh ikut suka, ada masa tertentu saja.. Kadang-kadang kena buat kerja sekolah depan pelita, sampai hitam muka..

Aku ditatang macam minyak yang penuh oleh datuk dan nenek ku yang semua penduduk di Kampung Rimba Jaya kenal sebagai Paktok & Maktok itu.. Yang paling aku terharu, tido setiap malam, mereka bergilir-gilir. Yang berjaga mengipas aku, menjaga aku dari digigit nyamuk. Maklumla, takda elektrik.. Kena kipas pakai tangan.. Mereka pastikan aku nyenyak lena.. Aku takkan pernah lupa kasih sayang mereka. Semoga Allah tempatkan mereka di kalangan orang-orang Yang Beriman... 

Al-Fatihah...~

Kampung Rimba Jaya adalah sebuah penempatan yang sangat tersusun. Rumah paktok di sebelah dewan orang ramai di Lorong 3, antara jalan utama di situ. Kampung Rimba Jaya ada 6 lorong kesemuanya.. Dan boleh dikatakan, semua orang saling mengenali.. Dewan orang ramai tu telah banyak kali digunakan untuk bermacam jenis aktiviti. Pernah ada kenduri kahwin, kelas menjahit, mengait, membuat kraftangan dan sebagainya. Di situ jugak, kami pernah tonton wayang. Aku rasa pakai projector dgn kain putih. Cerita hindustan 'Sangam'. Haha! Aku dan Kak Uya pernah perform dikir barat kat situ. Macam-macam lagilah aktiviti yang menyatukan kami sekampung...

Bulan puasa, biasanya kami ramai-ramai akan berjalan ke surau dan Solat Terawikh bersama. Antara aktiviti bulan puasa di situ, selain majlis-majlis agama, ada jugak aktiviti main mercun. Paling banyak orang main kat depan dewan, iaitu kat sebelah rumah aku. Tapi kalau paktok ada, dia jerkah sekali semua lari lintang pukang. Memang ramai budak nakal kat situ, tapi semua takut dengan paktok. Jadi, semua pon biasanya takut nak kawan ngan aku.. Haha! Adeh... 

Bila hari raya, rumah aku merupakan rumah ke-3 yang dikunjungi orang Surau selepas rumah Imam dan Penghulu Kampung selepas sembahyang raya. Indah dan meriahnya raya di zaman itu.

Bila aku darjah 4, tida-tiba telekom datang pasang public phone kat depan dewan. Maktok bawak aku pegi jumpa technician tu, dan tanya "Ni boleh telefon Langkawi tak?"... Orang tu kata, "Tak boleh". Kecewa (0_0)

Malam-malam ada kedai burger kat depan dewan tu. Aku punya order mesti sama dan semua orang tahu, tak boleh silap. Kalau silap memang aku takkan sentuh sikit pon, dan layanlah aku punya permintaan pelik-pelik lepas tu. Uish, betapa dimanjakannya aku... Burger daging taknak sayur taknak sos cili.. Sampai sekarang... Hehehehehe...

Bila demam, paktok bawak aku pegi Klinik Krishna. Perjalanan nak ke situ akan lalu kawasan perumahan kaum Cina dan beberapa kilang. Takdala jauh sangat.. Dekat-dekat dgn umah Cik Pah. Ada sekali tu Abang Daus bawak aku pegi kedai kat sebelah klinik tu naik basikal. Balik dari kedai dia gi sergah anjing-anjing yang duk lepak kat depan umah tepi jalan, terus kena kejar. Sekor anjing tu sempat jilat kaki aku. Balik, terus paktok ajar samak.. Abang Daus plak, lepas kena marah ngan paktok, terus dah tak buat dah.. Haha! Nakal budak-budak.. Dapat pengajaran.. 

Beberapa tahun lepas, kecoh pasal Kampung Rimba Jaya nak dihancurkan. Masa tu aku di zaman remaja, dan aku dah lama berpindah ke Langkawi. Jadi aku tak ambik kesah sangat. Abah dan mama ada jugak update sikit-sikit, tapi aku masih tak faham.. Aku cuma tahu mereka cuba nak perjuangkan tanah tu dari dirampas, tapi akhirnya tewas.

Kampung Rimba Jaya, sebuah kampung beradab Islam, tiba-tiba setelah dibekalkan elektrik, line telefon, dicop pula sebagai perumahan setinggan. Aku akan terus kaji mengenai kemusnahannya yang masih kabur dari pandangan aku....



Friday, December 14, 2012

Who is Terrorist?



Kadang-kadang Allah biarkan hamba-Nya tersesat dan apabila mereka kembali bersujud pada-Nya,
Allah s.wt berikan meraka hidayah..

Semoga dengan hidayah-Nya itu, mereka dapat mengenali-Nya lebih dekat dan membawa lebih ramai hamba-Nya yang tersesat untuk kembali ke jalan-Nya...

Palestine is not a film. It's not a movie. It's real. It exist.
It's not just a piece of land.
It's where people live and raise their kids..
It has houses, schools, shops, Mosques..

Zionist have many ways to tell the world that they are right.
But this year, the world see the truth.. well, at least me and a lot others in Malaysia.
There's nothing right about Zionist, IDF and all Israel agenda..

Hamas is not terrorist!
Hamas was founded in 1987 (during the First Intifada) as an offshoot of the Egyptian Muslim BrotherhoodHamas has a military wing, the Izz ad-Din al-Qassam Brigades.
They are armies, they are militaries, they are fully trained, very well trained...
They defend the kids and the women.. Fi Sabilillah... Mujahideen indeed...

I don't care much what others think of Hamas and Brigades al-Qassam..
But I want to make it clear to all Muslims that they are Our armies...
We should be grateful they exist to defend Muslims...
Should there be no terrorism towards Muslims in Palestine, there will be no Hamas and Brigades al-Qassam..
They are not fighting just for the land, but they are fighting to save lives... people lives...

IDF is the real terrorist and Israel is the one who fights for a piece of land! and it's not even their land...

p/s: I want to go there.. I want to be a part of Palestine development.. In Shaa Allah..

Monday, December 10, 2012

Camo My Glider

It's our 4th day together today.. Her name is Camo.. yes, as in camouflage..
She will be the mascot for DMKAZ PICTURES.. hehe

She is a tiny-cute-fluffy-adorable little Sugar Glider..!! Wuhuuu!! A wonderful gift from my beloved fiancé.. :D jangan jealous..!

Camo was adopted from a pet shop in Bahau, Negeri Sembilan called Redbull..
Ha! Jauh kan perjalanan dia nak balik.. 

I never thought of having a sugar glider before.. I don't really know what sugar glider is. At first, I was telling A'are that I wanted a couple of love birds.. But his friend suggested sugar glider instead. His story about him bonding with his sugar glider was super convincing and too tempting, so without much thinking we have adopted Camo..  ^_^

I've been spending a lot of times in front of laptop studying about sugar glider for these past few days..
I've watched a lot of youtube videos and lucky me to find this perfect youtube video series from an experienced Sugar Glider Vet, Dr. David M.Brust, DVM - President of Association Sugar Glider Veterinary (ASGV).



These video series really help me so far..

And without further ado, let me introduce my new companion... CAMO!







adorable, isn't she?

p/s: thanks a lot Areyang.. You are the best! ^_^

Istanbul Aku Datang



Ok comel sangat cerita ni..!!! comel sangat Lisa Surihani..
Storyline not bad.. Teenage kot target audience dia..
tapi nape aku suka sangat? mungkin aku masih berjiwa remaja kot.. hurm.... (jari telunjuk kanan kat dahi)
hahahaha!! LOL ;)

Istanbul saaaaaaangat cantik! Walaupon takda pilihan HD kat Astro First,
tapi kualiti SD pon dah sangat memuaskan mataku ini.. cantik!

A'are kata sebab cuaca kat sana membuatkan gambar jadi cantik sangat..
Hurm, hopefully one day dapat ke tempat bercuaca sebegitu untuk membuktikan kesahihan fakta A'are tu.. ok, honeymoon! hahaha dah berapa banyak list utk honeymoon ni..

Ok, untuk sesape yang belum tengok, silalah bergegas ke panggung wayang berhampiran anda,
atau kalau malas nak keluar (maklumla asyik hujan je lately kan), cepat-cepat ambik remote Astro,
pergi ke channel 480  - Astro First, dan buatlah pilihan di situ..

Ada lagi satu pilihan, tapi aku tak suka nak cadangkan ni walaupon free. Youtube of course..
Tapi, kalau korang nak kualiti yang baik, dan tanpa rasa bersalah menonton secara haram, janganlah kedekut sangat untuk melabur sedikit untuk hiburan diri korang sendiri jugak kan..
Kesian orang production, susah payah merantau sampai ke negara orang nak buat satu cerita menarik untuk kita kan... Marilah sama-sama hargai usaha baik semua orang... Majulah Filem Negara! cewah!

Bagi aku cerita ni best, menghiburkan, comel, dan cantik.. Korang nilailah sendiri ye..!
Ok, nak sambung tengok again and again and again.. RM15.00 untuk 48 jam katanya... memang berbaloi! :P

p/s: semenjak ada Astro First dgn Astro Best ni, memang aku tak jejak kaki kat panggung wayang langsung dah...