Monday, December 10, 2012

Istanbul Aku Datang



Ok comel sangat cerita ni..!!! comel sangat Lisa Surihani..
Storyline not bad.. Teenage kot target audience dia..
tapi nape aku suka sangat? mungkin aku masih berjiwa remaja kot.. hurm.... (jari telunjuk kanan kat dahi)
hahahaha!! LOL ;)

Istanbul saaaaaaangat cantik! Walaupon takda pilihan HD kat Astro First,
tapi kualiti SD pon dah sangat memuaskan mataku ini.. cantik!

A'are kata sebab cuaca kat sana membuatkan gambar jadi cantik sangat..
Hurm, hopefully one day dapat ke tempat bercuaca sebegitu untuk membuktikan kesahihan fakta A'are tu.. ok, honeymoon! hahaha dah berapa banyak list utk honeymoon ni..

Ok, untuk sesape yang belum tengok, silalah bergegas ke panggung wayang berhampiran anda,
atau kalau malas nak keluar (maklumla asyik hujan je lately kan), cepat-cepat ambik remote Astro,
pergi ke channel 480  - Astro First, dan buatlah pilihan di situ..

Ada lagi satu pilihan, tapi aku tak suka nak cadangkan ni walaupon free. Youtube of course..
Tapi, kalau korang nak kualiti yang baik, dan tanpa rasa bersalah menonton secara haram, janganlah kedekut sangat untuk melabur sedikit untuk hiburan diri korang sendiri jugak kan..
Kesian orang production, susah payah merantau sampai ke negara orang nak buat satu cerita menarik untuk kita kan... Marilah sama-sama hargai usaha baik semua orang... Majulah Filem Negara! cewah!

Bagi aku cerita ni best, menghiburkan, comel, dan cantik.. Korang nilailah sendiri ye..!
Ok, nak sambung tengok again and again and again.. RM15.00 untuk 48 jam katanya... memang berbaloi! :P

p/s: semenjak ada Astro First dgn Astro Best ni, memang aku tak jejak kaki kat panggung wayang langsung dah...

No comments: