Tuesday, July 16, 2013

birthday

14.07.2013 - genaplah 29 tahun aku melihat dunia..

Tahun ni tahun yg sgt sgt istimewa for me.. Tahun ni i got married to the kind-loving-handsome-bergaya Mohd Khairul Azhar Zainal a.k.a A'Are a.k.a Apex... my suami...! ^_^

Dan tahun ni jugak, kami mendapat berita gembira kedatangan insan baru dalam hidup kami..
Yang akan berada di dalam perutku selama 9 bulan..
Ni baru je balik klinik Ibu & Anak.. Masuk ni dah 3 kali pergi check urine, ambil darah dan hari ni jumpa doktor..
Alhamdulillah semuanya okay walaupon tak dapat nk meneruskan berpuasa.. Baby dah 16 minggu...

Semalam hubbyku kerja.. Shooting 'Prank Show' utk Astro Ria raya ni.. 10 episode dari 1st day raya sampai hari ke-10..
Dan semalam artisnya adalah Zizan & Kaka..!!
Kaka.. Suka tgk dia dah terkenal sekarang.. dulu kenal dia masa dia selalu ikut Ella.. Mmg masa kenal dia dulu dia ada cakap dia nk menyanyi.. now dah pon berduet dgn Zizan.. :)

Hubbyku yg sweet muit ni telah berjaya merecord video istimewa untukku... ^_^


and yes!!! sweater yg Kaka pakai masa Fear Factor Selebriti Malaysia tu..... yg setiap artis dapat sorang satu je.. is now mine....!!! Weeehuuuuu!!! Tq so much Kaka!! hubby kata Kaka sayang sgt sweater ni... terharunya saye... Tq so much dear husband.. muah muah muah... love u love u love u...!

ngehehehehe

p/s: suamiku yg sweet sangat.... tq sayang... i love u... i love u so much... thank you Allah... Alhamdulillah...



Monday, July 08, 2013

Becoming Parents

baru-baru ni temankan hubby gi set shooting NoraJambu utk raya dgn CST Production..
selain Nora & Jambu, ada Mila, Mr.Os, Zahiril Adzim (Juvana) dan lain-lain..

dapatla tgk babak-babak telemovie tu sesikit.. nampak menarik.. nanti raya layan kat Astro..

siang tu shoot kat satu rumah ni.. rumah ni mmg selalu je masuk TV.. luas, cantik, rumah kampung ada kebun-kebun lagi.. malam pulak tukar ke set lain, rumah lain yg lagilah selalu masuk TV.. mmg cantik rumah-rumah yg diguna utk set ni..

sebelum bertukar lokasi, sempat pulak photographer sorang ni (Chin namenye) tangkap me & hubby nak photoshoot katenye.. tetibe sungguh! haha.. dah dapat offer camtu, okla jom..!

Chin bawak gi kat kebun depan umah, suh kitorang berdiri then dia gi amik position.. pastu...
tgkla sendiri hasilnya...








photoshoot paling pantas..! 7 keping yg sangat memuaskan hati.. credits to the photogapher..
ni kira candid shot la ni.. tak sempat nk pikir pon nk pose cemana, tetibe dia cakap, "okay, dah.. jom!"
hahaha ^_^
sesiapa yg memerlukan khidmat photographer ni bole direct je contact 
CST Production kat +603 41050843 / +6019 3948374..
ataupon kalau yg ada facebook lagi senang.. terus klik sini https://www.facebook.com/cstproduction

p/s: Alhamdulillah.. ajari kami Ya Allah utk menjadi ibubapa yg baik.. i love u suamiku..

Saturday, July 06, 2013

Kuih Raya Wajib Zaman Remaja

hah.. bulan puasa dah nak dekat ni.. 

teringat dulu-dulu masa time sekolah menengah, aku duk langkawi..
selalu pi umah makngah kat berek polis marine kuah utk berbuka puasa, kakadang tido sana 2-3 malam.. bila dah tidoq umah makngah, mcm biasalah buat project ngan cousin aku kak yarn..

bulan puasa kan, selain masak juadah berbuka (biasanya makngah la yg masak kan) kami buat kuih raya.. antara kuih raya wajib yg kami mesti buat sama-sama termasuklah:

1) biskut hati terguris
2) tart nenas honey star
3) cornflakes madu

 kalau kaklong ani ada, dia confirm ajak buat biskut arab.. 

masa kat umah ngan zira pon kami ada gak buat kuih-kuih raya ni berdua.. sama-sama prepare barang-barang, aku tukang bancuh, zira tukang bakaq.. so part oven ni aku ada sikit fail la..

hurm, ingat tahun ni nak buat kuih raya sendiri la sesikit.. maklumlah tahun pertama beraya sebagai seorang isteri.. hehehe.. 

for now, aku nak share resipi dulu.. nanti kalau dah buat, inshaa Allah aku post gambar dan maybe prosesnya sekali.. 


Resipi Biskut Hati Terguris

Bahan-bahan:
  1. 3 cawan tepung gandum
  2. 1 1/2 cawan gula halus
  3. 1 1/2 cawan tepung  jagung
  4. 250 gm buttercup
  5. 1 1/2 camca vanila
  6. 1 1/2 camca baking powder
Cara-cara:
  1. ayak tepung,tepung jagung,bersama baking powder.
  2. masukkan butter.
  3. gaul rata-rata menggunakan hujung jari
  4. masukkan gula halus dan vanila.
  5. canai 3/4 inci tebal.
  6. cakar dengan garpu.
  7. kemudian terap dengan acuan yang disukai.
  8. bakar sehingga masak

Resipi Tart Nenas Honey Star


Bahan-bahan ( 50 biji (satu balang) ) :


  1. 1 buku buttercup (250gm)
  2. 2 sudu besar minyak sapi
  3. 1 cawan tepung gandum
  4. 2 cawan tepung kastard - lebih tepung kastard akan buat kuih tart berbau lebih wangi dan menghasilkan warna kuning yg cantik
  5. 2 sudu besar gula kaster
  6. 2 biji kuning telur
  7. honey star
  8. inti tart: 4 biji nenas sederhana besar(anggaran) dipotong kecil dan dimesin....kemudian masak nenas yang telah dimesin kedalam kuali sehingga menjadi jem nenas.....setelah jem hampir masak, masukkan gula dan kacau lagi sehingga masak.bagi mengelakkan jem yang dimasak tadi hangus,pastikan api tidak terlalu besar.

  • p/s: 2 cawan nenas(yang telah dimesin) = 1 cawan gula.


Cara-cara :
  1. pukul butter dgn gula kaster hingga kembang.
  2. masukkan minyak sapi dan kuning telur.. gaul lagi hingga sekata..
  3. masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung sedikit demi sedikit.. gaul hingga sekata..
  4. gaul tepung hingga sekata..jangan terlalu lembik atau keras..biar senang untuk diterap..
  5. canai doh..dalam setebal 1cm..jika doh melekat di papan penggelek, tabur tepung gandum sikit2 supaya doh tidak melekat..
  6. kemudian terap guna acuan tart bunga..untuk mengelakkan tepung dari melekat dalam acuan, ambil acuan tart dan tabur tepung gandum sikit2 pada acuan tersebut.pastikan tepung kena menyeluruh pada acuan..ini adalah bg mengelakkan doh dari melekat pada acuan. cara ini juga dapat menghasilkan bunga tart yg cantik apabila diterap..
  7. setelah selesai, ambil jem dan diletak pada bunga tart... kemudian letak honey star di atas jem..
  8. bakar pada suhu 150'c selama 20 minit.. bergantung kepada oven..
  9. setelah masak tggu kejap kemudian alihkan tart perlahan2.. ini kerana tart tersangat lah gebu..so kena hati2.. 


p/s: okay, resipi 2 ni dulu.. nak try dulu buat tgk cemana.. ^_^

Friday, July 05, 2013

Tips Ibu Mengandung

my own experience, masa first trimester memang sangat mencabar.. loya dan muntah biasalah kan, pastu badan rasa lemah, mengantuk yg melampau, emosi terganggu, jealous tak bertempat, sikit2 nk marah, sikit2 nk nangis, dan bermacam perkara negatif lagi..

syukur hubby penyabar dan sangat penyayang orgnya.. nampak sangat kasih sayang dia.. walaupon letih kerja dari pagi sampai ke tgh malam, dia balik dgn muka ceria berusaha nk ceriakan aku.. tolong settlekan kerja2 rumah yg mana aku tak larat nk abiskan.. Alhamdulillah... dia layan perangai aku yg tak menentu.. dia layan kerenah cemburu buta aku.. kesian dia.. thank u so much dear hubby.. i love u more!!

hari ni masuk hari ke-3 perasaan rasa lain.. rasa segar, rasa lebih bertenaga, dah boleh keluar rumah dgn senyuman.. Alhamdulillah.. mood pon makin ok..

dah agak lama facebook diabaikan.. sebab takut terpost benda-benda yg aku akan menyesal di kemudian hari.. maklumaler mood mmg sangat tak sesuai utk bersosial.. huhuhu.. baru semalam bukak balik.. ^_^
dan yg ni dapat ni dari laman muka buku, ecewah! hehe facebook ler..


Amalan Terbaik Untuk Mama Hamil
Sikap dan tingkah laku si ibu boleh diwarisi oleh si anak di dalam kandungan? Sejauh mana kebenarannya? Dan apa yang harus saya lakukan agar dikurniakan cahaya mata yang cerdik, cantik dan berakhlak mulia? Jom singkap antara amalan terbaik yang wajar diamalkan oleh si ibu sepanjang tempoh kehamilannya bersama wartawan Siti Farhana Adenan.

1. Didikan Di Alam Rahim
Para pakar perubatan sependapat bahawa anak-anak boleh dididik menjadi cerdik dan berakhlak mulia sejak ia berada di alam rahim lagi. Apabila janin meningkat usia empat bulan, si ibu mestilah mengawasi setiap tindak tanduknya kerana pada tempoh tersebut Allah SWT telah meniupkan roh ke atas janin yang dikandunginya. Pada waktu inilah janin sudah boleh mendengar dan mengamati suasana persekitaran yang berlaku.

Dalam usaha melahirkan anak yang patuh mendengar kata ibu dan ayah, si ibu perlulah menunjukkan contoh yang baik ini sejak dari awal lagi. Patuh mentaati perintah Allah swt dan taat pada suami dan Insya-Allah, anak yang lahir nanti akan turut mewarisi sifat tersebut.

2. Jaga Tingkah Laku
Ketika hamil emosi si ibu memang tidak stabil dan mudah marah. Namun si ibu perlu bijak mengawal emosi dengan menjaga tutur kata dan tingkah laku agar tidak menunjukkan akhlak yang buruk. Anak di dalam kandungan sentiasa mendengar suara persekitarannya. Jadi, tuturkan dan dengarkanlah perkara-perkara kebaikan sepanjang kehamilan anda. Tujuannya, agar si anak dapat mendengarinya sekali gus mewarisi sifat-sifat kebaikan itu.

3. Beribadah
Apabila si ibu dan ayah rajin beribadah, insya-Allah si anak juga akan mewarisi sifat itu. Si anak yang dilahirkan dalam suasana tetap beribadah akan menunjukkan kesungguhannya untuk bersembahyang dan sensitif dengan kalimah Tuhan apabila usianya menginjak dua tahun. Malah ada yang sudah pandai mengucapkan kalimah memuji Allah swt dalam usia semuda itu.

4. Komunikasi
Selain solat, ibu hamil juga disarankan untuk mengucapkan kalimah-kalimah yang baik. Berbisiklah pada bayi di dalam kandungan dengan kalimah-kalimah suci memuji Tuhan. Yakinlah si anak mendengar dan mendoakan yang terbaik buat ibunya.

5. Membaca Al-Quran
Banyakkan membaca Al-Quran, bertahlil, berzanji, marhaban, berzikir, berselawat, berdoa dan amalan sunat yang lain agar zuriat yang lahir menjadi anak yang soleh dan solehah.

Surah Amalan Terbaik Ketika Mengandung
Ketika hamil, para ibu digalakkan membaca surah-surah dalam Al-Quran dan menjadikannya sebagai amalan harian. Antara surah-surah yang digalakkan untuk diamalkan sepanjang tempoh kehamilan ialah :
1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Ayatul Kursi
3. Surah Yaasin
4. Surah Yusuf
5. Surah Maryam
6. Surah Luqman


Ibu Sihat, Anak Cerdas
Selain menjaga tingkah laku dan memperbanyakkan amalan-amalan sunat, ibu hamil juga digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang sihat sepanjang tempoh kehamilan. Antaranya :
Telur – Kaya protein.
Ikan Salmon – Kaya sumber Omega-3
Kekacang – Tinggi serat dan protein.
Keledek – Sumber vitamin A, C, folat dan serat.
Bertih jagung atau sebarang biji-bijian – Tinggi nutrien dan serat, vitamin E, selenium serta phytonutrient.
Kacang walnuts – Kaya sumber Omega-3 (sebagai pengganti bagi yang tidak menggemari ikan atau telur.
Yogurt – Sumber kalsium.
Sayuran Berdaun Hijau – Kaya dengan sumber vitamin serta nutrien termasuklah vitamin A, C, K dan folat.


p/s: skang baby dah masuk minggu ke-14.. Alhamdulillah so far so good.. ^_^