Tuesday, December 25, 2012

Kenduri kendara

Weekend lepas aku balik kampung.. Perjalanan 4 jam dengan maksu kerana AES di sana sini, jadi tak boleh nak bawak laju walaupon jalan tak jam...
Perjalanan sangat lancar.. Syukur Alhamdulillah kami selamat tiba tepat pada waktu makan jam 10.30 malam di rumah makngah.. hehehe.. Cuma terlepas majlis Akad Nikah yang dah berlansung lepas A'sar di Masjid.. Riuh rendah dengan adik beradik.. maklumlah keluarga aku memang besar...

Esoknya lagilah riuh... kenduri.. ok jom tgk gambar yg maksu sempat snap dan upload...


ok jangan pelik.. ni mmg bukan gambar wedding.. sebelum ke rumah makngah kami sempat singgah di rumah baru Maksu Linda.. dah macam showroom.. maksu linda mmg terer ar bab mencantikkan sesuatu ni... salute!


ha! amek hang! ni barulah Merah Makngah! dapat gak makngah buat wedding anak last dia ni ikut warna kesukaan dia dari dulu yang mmg diketahui oleh seluruh keluarga... cantik pulak tu izati pakai warna merah menyala mcm ni...


yang ni pulak berpossing dulu kat butik pengantin untuk baju kedua.. lepas ni nak pi photoshoot outdoor..

dan seperti dijangka hujan turun mencurah-curah.. pikiaq punya pikiaq punya pikiaq, tetiba izati ajak pi stesyen keretapi lama Parit Buntar.. Great Idea indeed!!!


erk, ni pengantin lama bukan pengantin baru... hahaha! gambaq pengantin maksu tak upload la plak kan.. nanti maksu dah upload aku tambah kat sini... ni cik maksu berpossing ngan anakanda kesayangannya...


hehe.. dan aku takkan nak terlepas peluang tgk saja depa duk berpossing depan Samsung Galaxy Note 2 maksu yang cun melecun tu kan..... hahaha! inilah hasilnya.. menunggu keretapi yg tak kunjung tiba sebab stesyen ni dah tutup sebenarnya.. LOL!

ok, seperti yang dijanjikan.. ni gambar pengantin di Stesen Ghetapi Paghit Buntaq...

p/s: Alhamdulillah, balik kampung kali ni dapat Solat Berjemaah dengan Abah dan Mama.. Abah jadi Imam ku buat pertama kalinya dalam hidupku.. Walaupon bacaan abah tak macam ustaz, tapi sanagt berkesan di jiwa aku... mungkin sebab dia abah aku kan.. Indah sungguh rasanya solat berjemaah dengan kedua ibubapa.. Alhamdulillah syukur Ya Allah beriku kesempatan ini....

Then you turned away after that. And if not for the favor of Allah upon you and His mercy, you would have been among the losers. Al-Baqarah:64

Thursday, December 20, 2012

Siapa Diana..? #1 #2 #3

p/s: aku percaya aku istimewa.. aku percaya setiap manusia ada keistimewaan masing-masing..

#1 - Pengenalan

'Siapa Diana...?' adalah kisah aku, dari perspektif aku sendiri, bertujuan untuk mengingatkan diri aku sendiri dan In Shaa Allah keturunanku akan apa yang aku telah pernah lalui.. Yang baik semuanya dari Allah s.wt, dan yang buruk adalah dari kelemahan dan kejahilan aku sendiri... 

#2 - Tempat Lahir

Aku dilahirkan di Perak. Hospital Besar Parit Buntar, Perak. Tapi kome jangan suruh aku cakap perak, memang aku tak pandai.. Kampung aku (keluarga belah mama) kat Sungai Bakau, Nibong Tebal, Pulau Pinang.. Kami orang Penang.. Cakap loghat utara, nak sama macam Kedah.. Tapi kami tak dibesaqkan makan nasik kandaq.. Kami makan nasi putih ngan sambal ikan keli time breakfast... Depan dan belakang rumah ada bendang.. ok, nanti aku cerita pasal kampung yang ni.. sekarang topik Tempat Lahir.. so, memandangkan hospital parit buntar tu lebih dekat jika dibandingkan dengan hospital pulau pinang, jadi kat situlah lebih mudah dan lebih afdal untuk mama melahirkan aku.. Alhamdulillah.. 14 Julai 1984 baby gemuk berlapis-lapis ni selamat dilahirkan... thanks mama, sebab sabar dan tabah berperang dengan maut melahirkan aku... Syukur Alhamdulillah mama selamat...

#3 - Kampung Rimba Jaya

Aku membesar di sebuah perkampungan Melayu di sempadan Klang-Shah Alam bernama Kampung Rimba Jaya. Kampung tu dah tak wujud sekarang... beberapa tahun lepas, kampung yang penuh dengan peradaban Islam itu telah dihapuskan... kampung yang mengajar aku membesar dengan Al-Qur'an itu telah dimusnahkan... dan sayangnya, orang-orang tua yang membina kediaman di situ, membangunkan peradaban Islam di situ, yang mengajar erti moral untuk anak-anak muda di situ, ramai yang dah tak ada.. yang tinggal anak-anak dan cucu-cucu yang tak tahu cerita, yang bukan pengusaha, yang takut nak bersuara.. Mujur Allah s.w.t tahu, dan secara tak langsung membantu aku, keluar dari situ lebih awal.. Alhamdulillah, setiap yang berlaku ada hikmah...

Aku tinggal dengan maktok, paktok, mummy, kak uya & abang daus.. seingat aku sejak aku kecil la. Mama, abah & zira dah berpindah ke Langkawi masa tu..  Tadika ku ada 2. Satu di Kampung Rimba Jaya dan satu lagi di Langkawi. Aku berpeluang untuk tinggal di kedua-dua tempat secara bergilir-gilir.. Aku pun tak ingat berapa lama di setiap tempat, tapi di setiap tadika ada kenangan tersendiri.. 

Masuk darjah 1, aku tak boleh lagi bergilir sekolah. Jadi abah suruh aku pilih nak tinggal di mana dan dengan siapa.. Aku pilih untuk tinggal dengan maktok & paktok.. Ya, abah memberi peluang untuk aku memilih sendiri. 

Sepanjang itu rutin hidup aku sentiasa dicatat oleh paktok di dalam diari hariannya. Paktok mmg tak pernah lupa tulis diari.. sampai tahap bila dah tak lama dan mula nyanyuk, dia tulis kat apa saja kertas yg dia jumpa.. surat khabar, sampul surat etc. Cara penulisan pulak, aku ingat lagi:

0630: Diana bangun
0645: Diana mandi
0713: Uya mandi
........
2010: Diana, Uya, Daus pegi mengaji
2225: Diana, Uya, Daus balik mengaji
........

Dari paktok aku dah belajar jam international.. :D
Sayang, diari-diari paktok dah rosak masa banjir dulu...

Ok, ini cara aku:

Bangun, mandi dan bersiap ke sekolah. Masa darjah 1 paktok hantar ke sekolah naik basikal. Balik sekolah paktok dah tunggu kat depan gate.. Ada sekali tu, tali leher yg aku pakai (uniform penolong ketua kelas) tersangkut kat tayar basikal gara-gara aku bukak dalam perjalanan sebab dah nak sampai rumah.. Memang akibatnya tergolek la aku ngan paktok kat jalan tu.. Teruk aku kena bebel ngan paktok. Memang aku tak buat dah lepas tu.. Pastu maktok jahitkan tali leher baru utk ganti yang sekolah punya. Banyak lagi kenangan aku dengan paktok dan maktok sebenarnya, In Shaa Allah akan menyusul aku buat topik #Paktok dan #Maktok.. 

Balik, mandi, makan bersiap pegi sekolah agama pulak.. Biasanya aku mesti sampai time loceng bunyi.. Tetiap hari kena berlari ke kelas. Lembab btol pergerakan masa kecik.. Tetiap hari Paktok sabar tunggu aku kat depan rumah.. Aku plak, tetiap hari kalut, tapi tetiap hari lambat.. (-_-") Masa tu uniform sekolah agama untuk perempuan tudung putih, baju kurung putih dan kain hijau. Lelaki pulak, songkok hitam/kopiah putih, baju melayu putih dengan sampin hijau. Comel kan..? Game paling popular kat sekolah time tu adalah 'batu seremban' dgn 'zero point' (lompat getah yang sambung-sambung tu). Aku di kalangan yang biasa-biasa je. Tak terer sangat nak melompat tinggi-tinggi pakai kain. Haha!

Setiap hari perjalanan aku pergi dan balik sekolah akan lalu kuil Hindu di hujung simpang.. Ya, kami hidup aman bersama kaum lain di situ.

Balik sekolah agama, mandi bersiap pegi mengaji kat umah Cik Pah.. Alhamdulillah, ramai yang khatam Al-Qur'an di situ..
Ok, kat Kampung Rimba Jaya ada 2 tempat mengaji malam. Satu kat Surau, satu lagi kat umah Cik Pah. Aku tak sure kenapa (mungkin surau dah penuh), tapi aku, Kak Uya, Abg Daus dan beberapa jiran memang mengaji kat umah Cik Pah.. Ramailah yang mengaji sama-sama setiap malam.. Beratur.. Lagi lambat datang, lagi lambatlah balik.. Biasanya aku balik dalam jam 10++ malam. Pastu mula la jalan ramai-ramai terkepit-kepit, penakut semuanya.. Pastu ada pulak yang kaki mengusik tunggu tepi jalan.. Macam-macam bunyi burung jadian boleh dengar.. Haha!

Kampung Rimba Jaya masa tu belum ada elektrik. Kami hidup menggunakan 'mesin janakuasa' atau lebih dikenali sebagai 'generator'.. Generator ada kat Kedai Cik Jalil, iaitu kedai runcit yang terkenal di Kampung Rimba Jaya. Aku tak tau mcm mana, tapi kuasa elektrik dari generator tu disambungkan ke rumah-rumah termasuklah rumah paktok. Generator dibukak jam 7.00 malam hingga 12.00 tengah malam, Isnin hingga Jumaat. Sabtu & Ahad dari jam 2.00 ptg (Cik Jalil layan Hindustan) hingga 12.00 tengah malam. Di waktu lain kami menggunakan pelita dan gasoline sebagai lampu. Hidup penuh disiplin. Nak gosok baju tak boleh tangguh-tangguh.. Masa dah tetap.. Nak tengok tv tak boleh ikut suka, ada masa tertentu saja.. Kadang-kadang kena buat kerja sekolah depan pelita, sampai hitam muka..

Aku ditatang macam minyak yang penuh oleh datuk dan nenek ku yang semua penduduk di Kampung Rimba Jaya kenal sebagai Paktok & Maktok itu.. Yang paling aku terharu, tido setiap malam, mereka bergilir-gilir. Yang berjaga mengipas aku, menjaga aku dari digigit nyamuk. Maklumla, takda elektrik.. Kena kipas pakai tangan.. Mereka pastikan aku nyenyak lena.. Aku takkan pernah lupa kasih sayang mereka. Semoga Allah tempatkan mereka di kalangan orang-orang Yang Beriman... 

Al-Fatihah...~

Kampung Rimba Jaya adalah sebuah penempatan yang sangat tersusun. Rumah paktok di sebelah dewan orang ramai di Lorong 3, antara jalan utama di situ. Kampung Rimba Jaya ada 6 lorong kesemuanya.. Dan boleh dikatakan, semua orang saling mengenali.. Dewan orang ramai tu telah banyak kali digunakan untuk bermacam jenis aktiviti. Pernah ada kenduri kahwin, kelas menjahit, mengait, membuat kraftangan dan sebagainya. Di situ jugak, kami pernah tonton wayang. Aku rasa pakai projector dgn kain putih. Cerita hindustan 'Sangam'. Haha! Aku dan Kak Uya pernah perform dikir barat kat situ. Macam-macam lagilah aktiviti yang menyatukan kami sekampung...

Bulan puasa, biasanya kami ramai-ramai akan berjalan ke surau dan Solat Terawikh bersama. Antara aktiviti bulan puasa di situ, selain majlis-majlis agama, ada jugak aktiviti main mercun. Paling banyak orang main kat depan dewan, iaitu kat sebelah rumah aku. Tapi kalau paktok ada, dia jerkah sekali semua lari lintang pukang. Memang ramai budak nakal kat situ, tapi semua takut dengan paktok. Jadi, semua pon biasanya takut nak kawan ngan aku.. Haha! Adeh... 

Bila hari raya, rumah aku merupakan rumah ke-3 yang dikunjungi orang Surau selepas rumah Imam dan Penghulu Kampung selepas sembahyang raya. Indah dan meriahnya raya di zaman itu.

Bila aku darjah 4, tida-tiba telekom datang pasang public phone kat depan dewan. Maktok bawak aku pegi jumpa technician tu, dan tanya "Ni boleh telefon Langkawi tak?"... Orang tu kata, "Tak boleh". Kecewa (0_0)

Malam-malam ada kedai burger kat depan dewan tu. Aku punya order mesti sama dan semua orang tahu, tak boleh silap. Kalau silap memang aku takkan sentuh sikit pon, dan layanlah aku punya permintaan pelik-pelik lepas tu. Uish, betapa dimanjakannya aku... Burger daging taknak sayur taknak sos cili.. Sampai sekarang... Hehehehehe...

Bila demam, paktok bawak aku pegi Klinik Krishna. Perjalanan nak ke situ akan lalu kawasan perumahan kaum Cina dan beberapa kilang. Takdala jauh sangat.. Dekat-dekat dgn umah Cik Pah. Ada sekali tu Abang Daus bawak aku pegi kedai kat sebelah klinik tu naik basikal. Balik dari kedai dia gi sergah anjing-anjing yang duk lepak kat depan umah tepi jalan, terus kena kejar. Sekor anjing tu sempat jilat kaki aku. Balik, terus paktok ajar samak.. Abang Daus plak, lepas kena marah ngan paktok, terus dah tak buat dah.. Haha! Nakal budak-budak.. Dapat pengajaran.. 

Beberapa tahun lepas, kecoh pasal Kampung Rimba Jaya nak dihancurkan. Masa tu aku di zaman remaja, dan aku dah lama berpindah ke Langkawi. Jadi aku tak ambik kesah sangat. Abah dan mama ada jugak update sikit-sikit, tapi aku masih tak faham.. Aku cuma tahu mereka cuba nak perjuangkan tanah tu dari dirampas, tapi akhirnya tewas.

Kampung Rimba Jaya, sebuah kampung beradab Islam, tiba-tiba setelah dibekalkan elektrik, line telefon, dicop pula sebagai perumahan setinggan. Aku akan terus kaji mengenai kemusnahannya yang masih kabur dari pandangan aku....



Friday, December 14, 2012

Who is Terrorist?



Kadang-kadang Allah biarkan hamba-Nya tersesat dan apabila mereka kembali bersujud pada-Nya,
Allah s.wt berikan meraka hidayah..

Semoga dengan hidayah-Nya itu, mereka dapat mengenali-Nya lebih dekat dan membawa lebih ramai hamba-Nya yang tersesat untuk kembali ke jalan-Nya...

Palestine is not a film. It's not a movie. It's real. It exist.
It's not just a piece of land.
It's where people live and raise their kids..
It has houses, schools, shops, Mosques..

Zionist have many ways to tell the world that they are right.
But this year, the world see the truth.. well, at least me and a lot others in Malaysia.
There's nothing right about Zionist, IDF and all Israel agenda..

Hamas is not terrorist!
Hamas was founded in 1987 (during the First Intifada) as an offshoot of the Egyptian Muslim BrotherhoodHamas has a military wing, the Izz ad-Din al-Qassam Brigades.
They are armies, they are militaries, they are fully trained, very well trained...
They defend the kids and the women.. Fi Sabilillah... Mujahideen indeed...

I don't care much what others think of Hamas and Brigades al-Qassam..
But I want to make it clear to all Muslims that they are Our armies...
We should be grateful they exist to defend Muslims...
Should there be no terrorism towards Muslims in Palestine, there will be no Hamas and Brigades al-Qassam..
They are not fighting just for the land, but they are fighting to save lives... people lives...

IDF is the real terrorist and Israel is the one who fights for a piece of land! and it's not even their land...

p/s: I want to go there.. I want to be a part of Palestine development.. In Shaa Allah..

Monday, December 10, 2012

Camo My Glider

It's our 4th day together today.. Her name is Camo.. yes, as in camouflage..
She will be the mascot for DMKAZ PICTURES.. hehe

She is a tiny-cute-fluffy-adorable little Sugar Glider..!! Wuhuuu!! A wonderful gift from my beloved fiancé.. :D jangan jealous..!

Camo was adopted from a pet shop in Bahau, Negeri Sembilan called Redbull..
Ha! Jauh kan perjalanan dia nak balik.. 

I never thought of having a sugar glider before.. I don't really know what sugar glider is. At first, I was telling A'are that I wanted a couple of love birds.. But his friend suggested sugar glider instead. His story about him bonding with his sugar glider was super convincing and too tempting, so without much thinking we have adopted Camo..  ^_^

I've been spending a lot of times in front of laptop studying about sugar glider for these past few days..
I've watched a lot of youtube videos and lucky me to find this perfect youtube video series from an experienced Sugar Glider Vet, Dr. David M.Brust, DVM - President of Association Sugar Glider Veterinary (ASGV).



These video series really help me so far..

And without further ado, let me introduce my new companion... CAMO!







adorable, isn't she?

p/s: thanks a lot Areyang.. You are the best! ^_^

Istanbul Aku Datang



Ok comel sangat cerita ni..!!! comel sangat Lisa Surihani..
Storyline not bad.. Teenage kot target audience dia..
tapi nape aku suka sangat? mungkin aku masih berjiwa remaja kot.. hurm.... (jari telunjuk kanan kat dahi)
hahahaha!! LOL ;)

Istanbul saaaaaaangat cantik! Walaupon takda pilihan HD kat Astro First,
tapi kualiti SD pon dah sangat memuaskan mataku ini.. cantik!

A'are kata sebab cuaca kat sana membuatkan gambar jadi cantik sangat..
Hurm, hopefully one day dapat ke tempat bercuaca sebegitu untuk membuktikan kesahihan fakta A'are tu.. ok, honeymoon! hahaha dah berapa banyak list utk honeymoon ni..

Ok, untuk sesape yang belum tengok, silalah bergegas ke panggung wayang berhampiran anda,
atau kalau malas nak keluar (maklumla asyik hujan je lately kan), cepat-cepat ambik remote Astro,
pergi ke channel 480  - Astro First, dan buatlah pilihan di situ..

Ada lagi satu pilihan, tapi aku tak suka nak cadangkan ni walaupon free. Youtube of course..
Tapi, kalau korang nak kualiti yang baik, dan tanpa rasa bersalah menonton secara haram, janganlah kedekut sangat untuk melabur sedikit untuk hiburan diri korang sendiri jugak kan..
Kesian orang production, susah payah merantau sampai ke negara orang nak buat satu cerita menarik untuk kita kan... Marilah sama-sama hargai usaha baik semua orang... Majulah Filem Negara! cewah!

Bagi aku cerita ni best, menghiburkan, comel, dan cantik.. Korang nilailah sendiri ye..!
Ok, nak sambung tengok again and again and again.. RM15.00 untuk 48 jam katanya... memang berbaloi! :P

p/s: semenjak ada Astro First dgn Astro Best ni, memang aku tak jejak kaki kat panggung wayang langsung dah...

Friday, November 30, 2012

Palestine

"For the first time, there will be a state called Palestine, with the recognition of the entire world," Amir Hamdan.. 
~peace no war...!

Today- Friday - 30th November 2012:
http://www.bbc.co.uk/news/world-middle-east-20550864

I do hope this will make things better.. Personally I don't really know how, after listening to the speech by Ambassador of Israel.. It's sound cocky, arrogant..

Sigh..

Hope to see Palestine in Google Maps soon...

But...
This conflict in Gaza helps me to believe even more in hereafter..
This conflict bring me closer to Allah s.w.t and Rasulullah Muhammad s.a.w at least..

Honestly, I never make prayer so important in my life until lately..

p/s: Ya Allah, teguhkanlah imanku selalu...

JoZan

Yeah, Jozan from Maharajalawak..

Dulu aku takdela layan sangat rancangan tu.. Aku pernah layan masa time nabil je.. N dia sorang je yg kelakar aku rasa time tu..

Tapi sekarang, memang tak dinafikan, JoZan adalah pelawak tersohor di Malaysia hari ni..!!

Aku pernah beberapa kali contact manager diorang sebab nak panggil untuk jadi emcee dan buat persembahan utk event-event yg aku handle sebelum ni.. Tapi malangnya harga diorang memang tak tercapai akalmu, menyebabkan aku tak pernah berpeluang kerja dgn Jozan sebab client aku semua tak sanggup nak keluarkan budget lebih.. sobs.. 

Aku tak salahkan diorang letak harga macam sekarang. Al-maklumlah, masa tengah naik ni la nak demand kan.. lagipon bukan senang nak jadi selebriti yang sentiasa diharapkan untuk menghibur.. 

Maharajalawak Mega 2012 dah nak masuk minggu ketiga.. Tak sabar nak tengok persembahan JoZan.. Jambu dan Shiro pon favourite aku jugak.. Boboi, aku suka.. Cuma rasa tak kena je Nabil dalam gang tu.. Or mungkin belum serasi..

Oklah, jom layan JoZan punya persembahan minggu pertama.. Nilah lawak terbaik aku pernah tonton kat Malaysia ni.. Keluar air mata aku gelak!! Adoi pon...! (Minggu kedua pon best jugak, tapi yg ni TERBAEK!!!)

   

 p/s: Zaman dah berubah... Zaman sekarang orang lebih suka sesuatu yang jujur dan bersahaja..

Friday, November 23, 2012

Because of Gaza

Tanggal 31, Bulan 8, 57..

31.8.1957 was the date of our Independence, and until today we celebrates the date each year..
Merdeka! Merdeka! Merdeka!

Living in a developing country, with KLCC, handphone, astro on the go, google maps,  fb etc, I don't realize that not all countries in the world are already independent..

I watch International news, there's still wars sometimes.Yes, sometimes..
I never knew that there's still war, like real-war..!
I didn't know because we are living here in peace.. There's only fights, but there's no war..
I know the meaning of war from movies.. Never seen it with my own eyes.. and those wars in the news are not like those in the the movies at all..

There's no battalion.. There's no 2-sided armies facing each other.. Walking, running towards each other..
In the news, there's only bombs falling on buildings, crying children, dead people.. Who's the leaders?
It's not like those wars in the movies.. Not at all.. So, should we still call it war?

To be honest, I never really get to know Gaza before.. (ye, saye tak berapa nak bijak pandai sangat kat sekolah-plus malas and ignorance. Like I said, we are living here in peace..).

Recently the world make fuss about Gaza again..
Thanks to this technology we have here, I got to do my research.. and I was surprised to see this..


This is our country, Malaysia (thanks to Google Maps).
You see, we have a clear borderline in grey which separated us with Thailand, Singapore, Brunei and Indonesia:


Since our passport clearly stated that we cannot go to Israel, so I never actually type the word Israel, or Tel Aviv or Jerusalem (aku ingat tempat ni dalam movie je dan dah tak wujud) in Google Maps before. Because of this conflict in Gaza, i did it for the first time and was surprised to discover this:

 You can see that Israel has dotted-borderline in grey, which make them THE ONLY COUNTRY IN THE WORLD in 2012..!! (kalau tak percaya gi Google Maps, dan tengok sendiri. Negara lain semua ada clear grey borderline macam Malaysia)
Which one is Israel? There's dotted-borderline separated them with Gaza, so they want to remove it totally from the map, is it?

And where's Palestine? If you go to Google Maps, you can only find Palestinian Territories. And beside Gaza, there's other dotted-borderline separated Israel with Palestinian Territories near Lebanon and Jordan. So I think we can start guessing, who's next? Until when? How big they want to be?


To my fellow friends, who's been imagining on how Israel looks like (that's what I did before). You don't have to wonder anymore. Thanks to Youtube, this is Israel today:
.

This is their reason/excuse from the conflict in Middles East as we know:

So to protect themselves, this is what they did (this is Gaza today):

And this is from a friend's fb wall:
Pagi tadi, ketika baru sampai ofis, terus bertanya mcm2 soalan mengenai konflikPalestine/Israel kepada rakan Saudi saya....Terlalu byk soalan ditanya, akhirnya 
dia menyuruh saya menghayati ayat Al-Quran surah Al-Isra' ayat 4-7. Rasa menggigil seluruh badan apabila mengahayati ayat-ayat ini. MasyaAllah, rupanya konflik Israel-Palestine tercatat didalam ayat2 ini, dan sedang berlaku di depan mata...Subhanallah, aku lalai sebelum ini Ya Allah, kerana hanya pandai membaca Al-Quran, tetapi tidak mahu menghayati isi kandungannyaini sedangkan ini merupakan bukti-bukti kebenaran Al-Quran harus dikongsikan bersama semua.....

Terjemahan di dalam bahasa Melayu bermaksud:
[Al-Isra':4] Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) DUA KALI, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.

[Al-Isra':5] Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang PERTAMA dari dua itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah** dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku.......(**Kisah pembebasan BaitulMaqdis oleh pahlawan Islam agung Salehuddin Al-Ayubi)

[Al-Isra':6] Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.

[Al-Isra':7] Jika kamu berbuat kebaikan, (maka) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) KALI KEDUA, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada KALI YG PERTAMA; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.

Dan di akhir perbualan kami, rakan saya berkata pada saya, tentera Al-qassam (Palestine) sedikitpun tidak akan gentar malah yakin seyakin-yakinnya akan janji-janji Allah bahawa BaitulMaqdis akan dibebaskan buat kali KEDUA oleh pejuang2 Islam yang benar, dan Israel akan diberikan penghinaan/kemusnahan yang selayakknya..............

Astaghfirullah, aku pohon keampunanMu ya Allah, kerana telah menjadi manusia manusia yang lalai, tidak peka dan tidak berasa tanggungjawab untuk bersama mengembalikan maruah Islam di bumi Palestine.........

P/s: Cita-cita hari ini -  one day nak pegi Gaza, stay sana dan ajar kanak-kanak di sana setiap titik ilmu yang aku ada... In Shaa Allah...

Monday, November 19, 2012

Hidayah Allah

"Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman." - (Surah Al-An'aam , ayat 125)

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim, dan Kami jadikan pada keturunan keduanya orang-orang yang berpangkat Nabi dan menerima Kitab-kitab ugama; maka sebahagian di antara mereka: orang yang beroleh hidayah petunjuk, dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik – derhaka - (Surah Al-Hadid, ayat 26)

"Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik, dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman)" – (Surah ali-Imran, ayat 110)

"Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu" - (Surah Al-Baqarah, ayat : 120)
"Dan (mereka berkata lagi): "Janganlah kamu percaya melainkan kepada orang-orang yang mengikut ugama kamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya petunjuk yang sebenar benarnya ialah petunjuk Allah". (Mereka berkata pula: "Janganlah kamu percaya) bahawa akan diberi kepada sesiapa seperti apa yang telah diberikan kepada kamu, atau mereka akan dapat mengalahkan hujah kamu di sisi Tuhan kamu". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya limpah kurnia itu adalah di tangan Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi pengetahuanNya" - (Surah Ali Imran, ayat : 73)
"Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:" Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu 
"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk" - (Surah Yasin ayat 20 dan 21)

Wallahualam...

Sunday, November 11, 2012

L.O.V.E aka C.I.N.T.A

http://www.mindafahmi.com/2012/11/cinta-itu-memberi.html

credits to the writer of that blog. Thanks a lot for making it clearer for me..

Love is not "Give and Take" but love is Give and Give".

Baru-baru ni, selepas Majlis Pertunanganku, aku sedar betawa keluargaku amat menyayangiku..
Bersungguh-sungguh depa tolong, buat dan bagi macam-macam walhal sejak kebelakangan ni aku selalu ketepikan keluargaku..

Aku terlepas Majlis Nikah Mizah, Majlis Tunang Syidi, dan macam-macam majlis keluarga lagi disebabkan aku perlu menghadirkan diri ke majlis lain utk kerja.. Dan kalau aku dapat hadir pon, sekadar 'tunjuk muka' orang kata.. Selalu tak dapat nak stay lama-lama.. Busy bebenor...

Alhamdulillah, sekarang aku ada lebih masa untuk keluarga.. InsyaAllah akan lebih lagi dan lagi..  Aku akan buktikan aku cintakan keluargaku... InsyaAllah...

Hari ni first time aku bersama rombongan pengantin laki. Mengiringi Syidi for his big day.
Tahniah Syidi & welcome to the family Dear Ernatasha... ;)



P/s: Benar kata orang, setiap yang berlaku ada hikmahnya..

Monday, October 22, 2012

Engage..d

Can you believe it? I'm engaged.. e.n.g.a.g.e.d.! bertunang dalam bahasa Melayu nya..
Alhamdulillah, things happened so fast and smooth..

Syukur I was born in this family, and I thank God for his great plan, which is so much better than my own..
A lot has been going on for the past 4 years of my life..
Realized that I made a huge mistake in my life, I nearly got into some more stupid troubles.
But luckily Allah loves me and made me surrounded with great people.

Alhamdulillah.. Gratitude to The Most Merciful.. Thank you seems not enough...

14th October 2012 was the date chosen by mama for my engagement. I don't really mind the date as long as they support me.. and they did. My family support me 200%. Thank you so much..!

Dear Areyang,

I would like to take this chance to tell you that I love you, and I accept your proposal because of Allah.
I believe this is his plan, and this the best for me and you, InsyaAllah...

Here, I would like to share some of my favorite photos from Our Engagement Album.. :)






















p/s: Syukur Alhamdulillah...~

Sunday, October 07, 2012

Green Love



this is the latest view from top floor of my mama's house.. yes, she sure love green...
she's been keeping all these plants since forever until it become like a jungle covering the whole house..

so, since right now I have more time than always, I give hands by organizing those plants and make it all look good for our home... 

bagus jugakla ada pokok banyak-banyak ni.. sejuk sikit suasana... dan bukan senang nak bela pokok-pokok ni.. ada sesetengah tu memang species yg rare... 

luka gakla tangan ni nak menyusun cactus tu semua... thanks a lot to Abah, A'are, Mus, Hazim & Yani yang sama-sama bekerja keras menyusun dan mengemas.. Thanks a lot to mama sbb masakkan sweet sour kegemaranku selalu.. huhu.. I LOVE MY LIFE!!!

hopefully after this our house will stay bright... ;)

p/s: i learn a lot in my life... Alhamdulillah...

Saturday, September 15, 2012

Fenomena



Bijaknya budak-budak zaman sekarang!

Hasil kreativiti kazenku yg bernama Mohd Farhan, the Director & Videographer, berusia 12 tahun.
Talent pula adalah kazenku Mohd Nadzmi, berusia 4 tahun...

InsyaAllah bakat-bakat ini tidak sia-sia. Untung ada teknologi, hasil usaha bebudak ni dapatlah dikongsi bersama kami sekeluarga melalui Youtube dan Facebook!

Memang dunia semakin mengecil... Yang baik kita simpan, yang buruk jadikan teladan...

p/s: sekarang tengah fenomena Gangnam Style la plakkkk!

Saturday, September 08, 2012

Mat Luthfi

http://www.youtube.com/matluthfi90

Really enjoy his videos. jujur & ikhlas. ;)



p/s: haha!

Thursday, August 30, 2012

Dream . Wish . Pray

We 'pray'.. everyday.. conciously, unconciously..
I never met a sane person with no dream, no hope, no believe, nothing to ask, nothing needed, nothing wanted in life... i repeat.. N.E.V.E.R.

If you know one, please introduce to me...

God is like gravity. Whether you believe it or not, He exists..
That's why everything we do, there's purpose and there's result.
we eat, we sleep, we work... we get energy, we get rest, and we get what we need..
But sometimes, we pray for the wrong thing, we want what we don't need.

That's why I believe that the second pillars of Islam is the solution in going for the right dream, asking for the right thing..

"Solat itu tiang Agama. Kuat tiangnya, kukuhla rumahnya.."

Muslims must pray 5 times a day, which means at least 5 times a day, conciously wish.. correctly ask.. faithfully believe..
And in Solat, we ask for what we need and not what we want..

002.045
Nay, seek (Allah's) help with patient perseverance and prayer: It is indeed hard, except to those who bring a lowly spirit,-

002.110
And be steadfast in prayer and regular in charity: And whatever good ye send forth for your souls before you, ye shall find it with Allah: for Allah sees Well all that ye do.


When you have nowhere to turn to, just turn to Allah. InsyaAllah, there's ways..

p/s: Allah Maha Mengetahui, Maha Adil, Maha Bijaksana...

Friday, July 13, 2012

Busy (cliché)

Yup, a cliché excuse. But it's the truth.. 

"Tell only the truth even if it's hurt.." Senang je cakap, tapi tak senang nak buat...

It's been a while since I wrote anything.. I missed June altogether..
Was it worth it..? of course it is..! It's worth a great lesson...

Let me ask you something.. If there's only two things left in this world, and you allowed to choose only one to survive..?
1) Money
2) Knowledge

Which one would you choose?

Once Mu'awiyah Ibn Abi Sufyan (may Allah be pleased with her) gave a sermon in which he said, "I heard Allah's Messenger saying, "If Allah wants to do good to a person, he makes him very knowledgeable in the Deen." (Related by Bukhari and Muslim)

Money comes and goes. It will not last forever..

So, instead of looking for more money in life, get more knowledge and be proud with the money you earn by using your brain.. The one thing that differenciate humanbeings with other beings...

p/s: even a great leader made mistake. A reminder that God exist. He hears and sees everything...!~

Wednesday, May 30, 2012

m a y t w e n t y t w e l v e

03.05.2012
I missed Abah's Birthday Gathering.. Usually our family will go out for dinner to celebrate's birthday.
It's been months since I've seen them.. (Macamla kerja kat overseas). 
But truly I'm super busy.... Apologize for that Abah.. I'll make it up... InsyaAllah...


25.05.2012
Can't wait to finish all these and enjoying the satisfaction.. Right now, I just need to work extra hard to satisfy everyone else first... Dear God, please grant me patience in sincere dedication..~


27.05.2012
Again... I missed Zira's birthday.. By missed I mean, I didn't manage to wish her on the date itself.
Super busy and totally forgot the date since it was Sunday. Was working overtime. Not a very good day for me.. 
However, I wish you all the best dear Sister.. and hopefully your days are much better than mine...

30.05.2012
It's raining heavily today.. Managed to settle a few things yesterday and have plenty to work with today..
Purposely have this break time to write here. Just not to miss May altogether...


I hope all these are worth it.. So far, a lot of my wish granted by Him.
Syukur Alhamdulillah...
I believe He has a great plan for me as I made wish for a lot of good things since I was little..
I trust Him.. Thankful for everything He gave.. Thankful to be alive.. Thank You Ya Allah...
I'm truly glad I was born a Muslim... and I hope He'll always show me the right way.. Amiiin...~


p/s: at one point in your life, you can actually forgot your own birthday and your own age. True story! 
I never believe this until... it happened

Wednesday, April 18, 2012

mencintai & memiliki...

"Cinta dan rasa ingin memiliki adalah dua perkara berbeza"

Dalam cinta, ada ikhlas..
Pada cinta, ada jujur..
Kerana cinta, rasa bahagia..
Demi cinta, mahu berjaya...

Cinta penghapus curiga..
Cinta penghindar syak wasangka..
Cinta mengajar untuk percaya..
Cinta menghalang dusta...

Cinta...... besar maknanya......
Orang tua berpesan.. Yang dewasa menurunkan pesanan..
Hebatnya cinta, pesanan ada kalanya sia-sia belaka..
Apalah yang dapat menghalang fitrah anak muda yang mahu faham dan dekat dengan CINTA..

Hanya IMAN yang mampu menewaskan rasa ingin memiliki yang disangka cinta...

Cinta yang diwar-war.. Rasa bahagia yang dicanang..
Tapi bila 'cintanya' pergi..
kecewa.. merana..
meraung sendiri.. membenci sampai mati...

Duhai kawan...
Itu bukan rasa cinta...
kerana...

Cinta itu Ikhlas...

p/s: ayat-ayat cinta.. a movie worth to watch...~

Tuesday, April 17, 2012

وفاة

Storm Coming

Posted by on Feb 29, 2012 in Journal, Quotes, Reflections, Spiritual Purification, Yasmin's Online Journal |

Imagine you were told a hurricane was coming and it would destroy anyone who didn’t take shelter. What would happen? Those who believed, would take shelter and provision before it hit. Those who didn’t believe would go on with their lives, as if nothing was coming. But could someone *really* believe it, and yet do nothing to prepare or save themselves? Could someone *really* believe it and yet continue to live their lives, as if nothing was coming? Could someone really know a storm was about to hit and let themselves be destroyed? Brothers and sisters, there are no surprises. You and I are told with certainty, death is coming. With certainty, a Day of Accountability is coming. But what have we prepared? Do we *really* believe?

taken from (many thanks):

http://www.yasminmogahed.com/2012/02/29/storm-coming/

p/s: can't sleep.. weird dream.. coincidence..? تقدير..?