Tuesday, February 25, 2014

Suci MKAZ

It's been a while since i last updated this blog.. maklumlah baru jadi Mummy, so masih lagi belajar menguruskan masa dengan anakanda tercinta..

Alhamdulillah, tanggal 25 Disember 2013 aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang comel yang kami namakan Suci binti Mohd Khairul Azhar. Dilahirkan secara normal di Hospital Jerteh, Terengganu dengan berat 2.79kg. Rambut dia mashaAllah lebat sungguh..

Aku bersyukur sangat kerana dapat melahirkan Suci dengan mudah.

25/12/2013 - Rabu - 22 Safar 1435H - 12.27 tengahari

Jam 2.30am aku mula rasa sakit perut memulas. Aku pergi tengok cermin, dan cuba senyum (sebab doktor kata sakit contraction ni dah tak boleh senyum..haha). Okay memang susah nak senyum, sakit tapi masih boleh tahan. Aku ke toilet, buang air besar.

Jam 3.30am sakit lagi. Aku kejutkan suami tercinta, dia suruh aku sabar dan sambung tidur balik. Boleh pulak..!! Aku ke tandas lagi dan nampak setompok kecil darah di panty liner. Aku terus kejutkan suamiku. Panggil mak mertua aku, dia cakap kalau dah berdarah kena pegi hospital. Dia offer minum milo dulu segelas, dan kami bergegas ke hospital. Habis semua lampu merah traffic light suami aku langgar (yelah, time tu jalan sunyi sepi sebijik kereta pon takda)

4.30am kami sampai di hospital, terus ke unit kecemasan tapi diarahkan terus ke wad bersalin. Suami aku dgn mak tunggu kat luar. Masuk dalam aku diminta salin pakai baju hospital dan check air kencing. Aku buang air besar lagi sekali. Lepas tu disuruh baring di satu katil khas menunggu. Nurse pasang alat untuk check jantung baby. Contraction datang makin kerap. Sakitnya hanya Allah sahaja yang tahu. Tak berhenti aku berdoa. Tiba-tiba rasa nak muntah, nurse bagi aku plastik kuning, dan aku muntahkan balik milo yg minum tadi.

Nurse datang cakap nak check laluan. Ya Allah baru 1cm.. T_T
Aku diarahkan ke wad 1 untuk berehat dulu. Sebelum ke wad, aku keluar dan cari suami aku tapi diorang keluar ambil adik ipar aku yg baru sampai dari Lumut. So aku terus ke wad 1. Aku dapat katil 7, tepi tingkap. Baring je terus tertido. Sesekali bangun sebab contraction. Ya Allah sakitnya..

Jam 8.30am nurse datang hantar mee goreng, suruh aku makan. Adoi, dah tak lalu nak makan. Tetiba nampak suami aku tepi tingkap (dia tak boleh masuk sebab wad tu open).. Dia tenangkan aku suruh aku bersabar. Plastik kuning yang baru ada di tangan aku, dan aku muntah lagi sekali tapi tak banyak. Suami aku inform nak balik dulu sekejap hantar mak dgn adik.

Tak tahu pukul berapa nurse datang tanya keadaan aku ok tak. Dia kata kalau rasa sakit sangat bagitau, dan masa tu memang sakit, dan tengok2 darah penuh kat katil aku, so nurse tu bawak aku ke labour room. Oh, dia bagi pulak plastik kuning baru sebab takut aku nak muntah lagi. Nurse suruh bawak baju baby. Er, alamak ada dalam kereta suami aku lupa bagi. Aku call dia cakap nak masuk labour room dah. Diorang belum sampai rumah, tengah beli nasi, terus patah balik ke hospital tak jadi balik.

Masuk labour room nurse check laluan.. Ya Allah baru 3cm. Nurse tanya nak keluar dulu ke or nak stay je. Aku choose nak stay sebab letih dan mengantuk, so aku tidur je terus kat katil tu. Bangun bila contraction. Kat dinding tepi katil penuh doa-doa, so aku baca semua doa. Ya Allah mohon dipermudahkan.

Aku memang tidur je, tiba-tiba terbangun sebab rasa air ketuban aku pecah, dan tanpa berfikir terus aku menjerit panggil nurse. Dia check laluan lagi, 5cm. Dia kata dah tak lama. Nurse suggest aku mengiring ke kiri.

Tak lama lepas tu aku terbangun lagi dan rasa macam air keluar (which is actually darah). Dia check laluan dah 8cm, dia keluar panggil suami aku masuk. Suami aku tunggu kat sebelah, rasa lega dan bersemangat. Tiba-tiba dia tanya "I buang eh plastik ni?" dan aku jerit "tak boleh!" Sambil genggam plastik kuning kosong tu kuat2. haha kelakar pulak bila ingat blk.. Ada jugak moment yg aku rasa nk tumbuk je muka dia bila dia suruh aku sabar dan mengucap.. tulah tengah sakit sangat.. Time tu jugak aku rasa nk meneran. Nurse cakap teran je kalau dh rasa. Aku teran sambil mengiring. Dengar nurse cakap "rambut dh keluar ni". Suami aku tengok dan jerit excited "i nampak rambut dia!!"

Lepas tu aku baring terlentang dan nurse cakap "saya terpaksa buat AP sebab kepala baby dh termasuk balik" Ya Allah!! Aku tak tahu bila masa dia gunting sbb time tu aku dah tak bole fikir, yg aku tahu aku nk baby keluar je. nk gunting ke, sedut ke ape ke, buatlah! Lepas tu nurse suruh aku pegang betis, teran, ketap gigi, suara jgn keluar..(memang sepanjang masa aku menjerit je!)

"Ha! Bagus! Pandai pon.. teran! curi nafas, curi nafas.." kata nurse. Aku pejam mata dan dengar suami aku jerit "Ya Allah sayang, kepala dia dah keluar..!!" time tu terus semangat aku meneran walaupun tak rasa sakit. Tiba-tiba dengar nurse cakap "dah dah, tak payah teran dah, baby dah keluar.." Subhanallah...

Lepas aku dengar suamiku azan & iqamah, nurse angkat baby dan tanya aku "tengok ni, baby ape?"
MashaAllah comelnya anak aku! Baby girl.. Alhamdulillah, sihat sempurna...
Hilang segala kesakitan bila babyku diletakkan atas badanku dan aku dapat pegang dia buat pertama kalinya.. Alhamdulillah, syukur pada Yang Maha Esa yang telah menyelamatkan kami berdua..



.........

P/s:

Syukur Alhamdulillah kerana mempermudahkan aku bersalin. Terima kasih tidak terhingga kepada suami yang sentiasa memberi semangat dan bersabar dengan tingkahlakuku sepanjang mengandung yang kadang-kadang tak masuk akal.
Terima kasih pada para nurse dan doktor KKIA Bukit Bangsar, Klinik Kesihatan Kg.Raja dan Hospital Jerteh yang melayanku dan Suci dengan baik.
Terima kasih buat mak, ayah dan adik yang menjagaku dengan baik sepanjang tempoh aku di Besut..
Terima kasih buat mama, abah, adik-adikku yang menjagaku dan Suci selama kami di Shah Alam..
Terima kasih buat keluargaku semuanya..
Terima kasih buat kawan-kawan yang datang melawat aku dan Suci..

Alhamdulillah...