Thursday, January 10, 2013

Wedding New Year!

First of all!

Selamat Tahun Baru 2013..!!! yes this world is ruined, but it's still exist.. Sorry dear Mayan..

For you! yes you who are reading this, please like my page: http://www.facebook.com/dmkazpictures
We have New Year Promotion! Kow2 punya discount!


and yesterday we bought P1..! So here's our new office number:
+603  2631 0736
operating hour: 10.00am - 6.00pm

Alhamdulillah, today we have 105likes since it's created on 12/12/12.. :D
Hopefully will have more and more.. hope to get more halal jobs.. Amiiiiiin~

............

Lately i found myself listening to wedding songs, watching wedding videos, liking wedding-related pages in fb and most importantly, editing wedding video..

Yes, my own wedding is just a round the corner..
We've been to the best 'Kursus Kahwin' ever at LPPKN organized by KPIM..
The second Ustaz was super garang weyh!

Masuk-masuk je, ayat pertama selepas salam dan do'a:

"Ni semua nak kahwin ni? Dah fikir betul-betul..? Tak payahlah.. Nanti esok-esok datang ofis saya meraung-raung mintak cerai.."

Pergh kan..?! 

and then he goes on:

"Lelaki.. korang dah ready nak hidup dengan makhluk ni..?" (sambil menuding ke arah kami)..
"Korang tahu tak makhluk ni dahla bodoh, lepas tu dia nak korang pon jadi bodoh..?" (dalam hati, mak aih.. makin ganas ustaz ni)
"Perempuan, saya nak tanya.. Kalau satu hari nanti bergaduh dengan suami, merajuk lari masuk bilik, kunci pintu. Lepas tu suami datang ketuk pintu sambil jerit 'Woi! Bukak pintu ni..!'.. Korang bukak tak..? Sapa nak bukak, angkat tangan.."

Beberapa ketika kemudian, hanya bunyi aircond dan nafas-nafas keras yang kedengaran.. Senyap je hall tu.. takda tangan yang berangkat, termasuklah tangan aku. Elok je kat atas peha.. haha

"Tengok! Calon isteri derhaka.. Kan saya dah cakap, derhaka kalau tak menyahut suami panggil.." (sambil menunjuk ke arah slide di screen)

"Lagi sekali saya tanya, suami jerit panggil, Woi! bukak pintu ni! sapa nak bukak pintu?"

Masih tiada tangan berangkat. Minah sebelah aku dah angkat dah, tapi angkat jari je kat paha.. LOL

"Tengok! tadi calon.. Sekarang dah confirm isteri derhaka!"

Pergh lagi kan..?!

"Lelaki, korang tahu tak diorang nak korang buat apa? Diorang nak korang bercakap dengan pintu tu.. Macam ni (sambil menunjukkan gaya sedang merapatkan diri ke pintu) sayang... abang sebenarnya nak pujuk sayang, tapi sayang kunci pintu, macam mana abang nak masuk? Kalau boleh berbisik dengan pintu tu (memperlahankan suara) bukaklah pintu ni sayang, bolehla abang pujuk sayang.....
Perempuan.. kalau suami buat macam tu, bukak tak? Sapa nak bukak angkat tangan"

Semua perempuan angkat tangan, termasuk aku.. :P

"Ha! Kan bodoh tu bercakap dengan pintu..! Lelaki, korang sanggup nak jadi bodoh macam tu? Itu baru bercakap dengan pintu.. banyak lagi sebenarnya......."

hahahahaha! berdekah-dekah satu hall..

Pergh! Tepat je ustaz tu bagi sepanjang kursus.. Memang persediaan rapi.. Realiti je dia bagi..
Takda janji-janji manis dah..

Tapi, in the end.. Semua penceramah memberikan info,nasihat dan tips yang sangat berguna untuk kami. Inshaa Allah, harap aku akan ingat dan gunapakai bila dah berumahtangga nanti.. aku harap dapat jadi isteri solehah...

Memang aku cadangkan sapa yg duduk area KL dan nak pegi kursus kahwin tu, elok sangat cuba pergi kat LPPKN ni. Sangat selesa. Penceramah semua best, tak mengantuk langsung.. Parking senang. Makan disediakan. Kemudahan semua lengkap. Bawak duit lebih, ada macam-macam boleh beli kat situ.. Dan yang paling penting, pastikan aurat dijaga ya.. nanti sia-sia ja kena sound.. hehe

Untuk maklumat lanjut, boleh layari website ni:
http://www.kpim.net/2012/02/kursus-kahwin.html

Ok, selamat mendirikan rumahtangga buat pasangan yang dah bertunang macam saya! (^_^)
Bagi yang sedang menunggu calon yang belum kunjung tiba tu, sabar..
Setiap manusia dicipta berpasang-pasangan.. Mungkin diri belum bersedia.. Inshaa Allah sampai masa akan dipertemukan jua.. dan semoga bahagia hingga ke syurga..

And of His signs is that He created for you from yourselves mates that you may find tranquillity in them; and He placed between you affection and mercy. Indeed in that are signs for a people who give thought. - Ar-Rum : 21

p/s: memang persoalan tentang cinta dan fitrah kejadian lelaki dan wanita sedikit sebanyak terjawab lepas aku selesai kursus kahwin tu.. Alhamdulillah..

No comments: