Tuesday, November 24, 2009

Kawan


Aku ada kawan. Semua orang ada kawan..
Ada sorang kawan aku cakap.. Err, aku anggap dia kawan aku tapi dia kata kita perlu mengambil masa 4 tahun untuk menjadikan seseorang tu kawan kita, sebelum tu, kenalan..

Ya.. istilah yang berbeza, maksud mungkin sama.. Pada aku, kenalan adalah orang yang kita hanya tahu nama dan bertegur bila terjumpa saja.. Berurusan bila perlu sahaja. Kawan pulak adalah orang yang kita ada no phone, keluar melepak bersama, dan kekal berhubung.
Dan di antara kawan-kawan ada sahabat. Yang pernah susah dan senang bersama. Berkongsi masalah dan rahsia bersama. Bergembira bersama. Menangis bersama. Bagi aku masa bukan menjadi ukuran. Ada orang yang memerlukan bertahun-tahun untuk menjadi sahabat kita.. Ada pulak yang hanya beberapa hari saja.. Semuanya bergantung pada keadaan..

Dalam ramai-ramai kenalan, kawan dan sahabat aku, ada seorang insan yang aku anggap sahabat baik aku.. Dia memang terlalu mengenali aku luaran dan dalaman.. Walaupon kami jarang sangat berjumpa, tapi dia sentiasa tahu isi hati aku, tak perlu aku bercerita panjang..
Aku harap persahabatan kami akan kekal selama-lamanya..

Apa-apa pon aku hargai setiap insan yang aku kenal di dunia ni.. Bagi aku kenalan, kawan dan sahabat adalah rezeki..

p/s: takda manusia yang boleh hidup sendirian~

No comments: