Tuesday, August 06, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri...


Pejam celik pejam celik.. Tuptap Raya lagi 2 hari saja lagi.. Lusa tuuu!

Alhamdulillah, tahun ni buat pertama kalinya beraya sebagai seorang isteri..
Jadual balik kg pon masih kelam-kabut-kelibut kalut lagi.. Biasalah, semuanya last-minute.. ^_^
Sampai skang tak sure lg bila nk berangkat.. Dua2 kampung nk kena blk tahun ni.. Hubby duk pulun kerja lagi hari ni.. Baju raya pon blom beli lagi.. Duit raya..er ntahler.. Kesian hubby.. Dugaan... Apa-apapon kami tetap happy sebab tahun ni beraya sebagai suami isteri and also mummy & daddy to-be.. InsyaAllah.. Alhamdulillah... Syukur padaNya.. rezekiNya masih ada dimana-mana... :)

InsyaAllah tahun ni balik Penang then terus balik Terengganu dari sana.. Moga Allah permudahkan jalan utk mengeratkan silaturrahim...

Untuk menghibur hati, i designed timeline facebook raya tu.. untuk semua yg tgh siap2 nk blk kg tu, berhati-hati di jalan raya... pandu cermat jiwa selamat insyaAllah... ingatlah org yg tersayang...!

Di sini, kami sekeluarga nk ambil peluang memohon ampun maaf zahir & batin andai ada kesalahan dan kesilapan sama ada yg sengaja atau yg tak disengajakan.. maafkan andai kami ada tersalah kata dan bicara yg mengguris perasaan sesiapa jua.. maafkan juga andai ada tingkah laku yg menjelekkan mata dan apa saja salah serta silap kami sepanjang perkenalan kita.. Semoga Allah swt merahmati dan memberkati hidup kita semua... Amiiiin~

Dan ini petikan dari blog seorang sahabat yg kusanjung perjuangannya sepanjang perkenalan..
http://mariniberbicara.blogspot.com/

"Hidup ini tidak lama, usahlah kita berpanjang-panjangan menyimpan segala dendam dan khilaf orang lain. Marilah kita bermaaf-maafan dan menjernihkan segala kekusutan."

‎ ‎ﻓَﻈًّﺎ ﻏَﻠِﻴﻆَ ﺍﻟْﻘَﻠْﺐِ ﻟَﺎﻧﻔَﻀُّﻮﺍ ﻣِﻦْ ﺣَﻮْﻟِﻚَ‏‎ ‎ﻓَﺎﻋْﻒُ ﻋَﻨْﻬُﻢْ ﻭَﺍﺳْﺘَﻐْﻔِﺮْ ﻟَﻬُﻢْ ﻭَﺷَﺎﻭِﺭْﻫُﻢْ‏‎ ‎ﻓِﻲ ﺍﻟْﺄَﻣْﺮِ
“Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah, kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.” (Ali Imran: 159)

..................

Tahun ni ada beberapa iklan raya yg menarik perhatian ramai.. salah satunya iklan raya CST Production 2011 bertajuk 'Almari Baru'. Touching iklan ni.. Tahun ni ramai plak yg share kat FB.. psssttt en.hubby jadi Amin yg dewasa tu.. huhu.. 



yg kat bawah ni plak lagi satu iklan raya yg i sukaaaaa sangat tahun ni.. iklan raya dari Maxis yg sangat ceria..! Memang bagus message yg cuba disampaikan.. elok buat bisnies mcm tu kan, tak tamak.. ada masa kita pon kena cuti.. time2 raya ni, elokla tinggalkan kejap dunia cyber ni dan bolehla kita concentrate kat insan-insan tersayang di depan mata... lgpon kita kerja keras selama ni bukan utk diri sendiri saja kan... ok sebelum tu, boleh saksikan...



Ok, nk mengemas dan menghias ghomah... Selamat Hari Raya Aidilfitri....!!! Maaf zahir & batin ya...

xoxo
DM

No comments: