Thursday, December 17, 2009

Keluarga Kalut!

pesanan penaja: aku akan banyak menggunakan loghat utara kali ni. Mintak maap kalau tak paham.. ;)

Weekend lepas kami sekeluarga (family belah mama) ada Family Day kat Pangkor buat julung kalinya..
Pagi² buta family aku dah kalut macam ribut bersiap..
Mama macam biasa-ketua! buat satu rumah jadi huru-hara!

Kami berimpit macam sardin dalam tin, naik Waja 7 orang sampai Tesco gara-gara gajiku tak cukup nak buh minyak viva. hua hua hua!
Jumpa Kak Yarn & Abg Sham so Zira dgn Hazim dapat tumpang depa. (cerdik masuk)
Selesai minum nescafe segelas, aku offer diri nak drive.. bukan apa, kesian kat abah..
Dari aku kecik sampai aku dah tua bangka camni, asyik abah jadi driver..
Sekali-sekala abah jadilah boss duduk belakang pulak..

Punyalah laju aku bawak.. tapi pasai ramai gila manusia kat jetty Lumut tu, kami sampai lambat gila! Sampai ja terus pelahap apa ada pasai semua dah kebuluq gila.. Licin makanan kat challet tu kami bedal, dahla sedap gila.. Oh ya, family aku ngan Kak Yarn paling lambat. Makcik sebelum Subuh dah bertolak. Yang lain² dari Penang, so depa papagi buta dah sampai sana..

Hari pertama tu (Jumaat) kami takdak aktiviti sangat. Cuma relax² ambik angin Pulau.
Malamnya, kami yang perempuan pakat bungkus hamper ramai² (persiapan utk sukaneka hari Sabtu). Macam biasa, makcik jadi kepala pasai dia paling creative. Family aku ni sejak azali kalau bersembang memang semua suara macam pakai mic. Masing-masing nak bercakap, takmau kalah. Yang syoknya, bole dengaq semua sekaligus! Nasib baik challet kami duduk tu sangatlah private. Tu pon suara masing² boleh dengaq sampai challet sebelah.. hahaha! adoilah! nak buat mcm mana, keturunan!

*alamak-ada kerja pulak. aku sambung nanti.. huhu

No comments: