Tuesday, September 17, 2013

My Sweet Suami

i can't believe my husband can be this sweet :P (captured & written by himself)

Suamiku,
Kami tidak saling mengenali dari kecil..
Kami tiada talian kekeluargaan dan tidak pernah berjiran,

Suamiku,
Bukanlah rakan sepermainanku, bukan teman sekolahku, bukan kawan di universiti dan bukan juga rakan sekerja...

Memang dari dulu aku percayakan 'Jodoh' dan suamiku adalah jodoh yang dikurniakan Allah swt untuk mendampingiku, insyaAllah hingga ke syurga...

Pertemuan kami tidak dirancang..
Perkenalan kami singkat..
Dengan restu dari kedua pihak keluarga, kami jalinkan ikatan pernikahan..

Suamiku,
Seorang yang garang tetapi penyayang..
Manja tetapi berwibawa..
^_^

Syukur pada Allah swt mengurniakan aku teman seistimewa dia..
Yang sentiasa sabar berusaha memberikan yang terbaik dalam rumahtangga..
Tidak berputus asa untuk selalu membuatku gembira..
Tiada keluhan memberi apa yg kupinta..
Menjaga diriku seperti yang diamanahkah..
Tiada janji tetapi pasti...

Alhamdulillah... syukur Ya Allah...
Semoga Kau sentiasa merahmati, memberkati & meredhai hubungan kami...

p/s: I love u hubby... my love for u is growing.. tak sabar nak dipanggil mummy daddy.. ngehehe ^_^

No comments: