Monday, July 05, 2010

Berakit

kata pepatah "Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.."

Ya, aku sedang berakit..
Sedang menuju ke hulu..

Tuhan Maha Kaya.
Walau hambanya tak mengingati-Nya setiap masa, tapi Dia tetap memberikan apa yg dipinta.
Beruntunglah mereka-mereka yang senantiasa mendekati-Nya.
Pasti termakbul setiap permintaan.

"Bekerjalah seperti kita akan hidup seribu tahun lagi.."

Maafkan saya kerana terlalu sibuk mengejar cita-cita.
Maafkan saya kerana tiada masa utk kalian semua.

Ini semua bukan untuk saya sahaja.
Cita-cita saya utk memberikan yg terbaik buat semua yg telah berjasa.
Jadi maafkanlah saya untuk hanya seketika cuma...

p/s: buat keluarga tercinta. saya terpaksa. ini untuk kita semua. maafkan saya. insyaAllah ada pulangan buat semuanya. tolong doakan saya, kerana ia bukan utk saya sahaja. baik & buruk sekarang, semoga indah di akan datang.

2 comments:

taa said...

Bekerja seperti hidup seribu tahun, namun ingat usia kita hanya pinjaman...
Aku paham usaha murni hang, tapi sambil2 tu jenguk la keluarga di kampung...
Jangan sampai yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran...
Renung2kan dan selamat beramal... :)

Anonymous said...

happy bday!