Sunday, January 13, 2013

Warkah Buat Kekasih

Wahai Bakal Suamiku,

Maafkan aku...
Kerana sehingga detik ini belum kau baca ayat-ayat cintaku..
Sehingga waktu ini, belum ku coret namamu..

Kumohon kemaafanmu..
Tak mampu memperkenalkan cintaku padamu dari dulu...
Sesungguhnya, aku telah lama menunggu dirimu..
Lebih lama dari waktu aku menulis tentang jodoh di sini..
Lebih lama dari waktu aku mencoretkan doaku yang kukarang penuh hati-hati ini..

Maafkan aku,
Berkali-kali memungkiri janjiku sendiri..
Berkali-kali membuat kesilapan..
Sehingga ada waktunya, aku hampir putus asa menunggumu yang tak kunjung tiba..
Merasa sesat kerana sendirian..
Dikecewakan mereka yang tak akan pernah jadi kamu..

Walaupun ada waktunya aku hanya mahu sendiri..
Aku tetap percaya dan tetap menanti..
Kerana walau kita tak pernah bersua, aku tetap selalu percaya..

Maafkan ketidakupayaanku,
Kerana masa dan waktu itu bukan milik kita..
Dalam mindaku, tetap kufikirkan kamu..
Dan aku selalu mengharapkan kamu ada di sisiku..
Kerana adakalanya aku takut sendirian...
Aku rasa hidupku kosong tanpamu...

Bakal suamiku..
Aku mahu kau tahu, dari dulu aku percaya adanya kamu..
Kerana kisah cintaku, tak ubah seperti cerita ini..

........

Detik akhirnya kita bertemu lagi..
Do'aku termakbul jua saat kau memanggilku sayang..
Dan menyatakan hasratmu untuk menikahiku berkali-kali..
Bersungguh-sungguh kau menyatakan niatmu itu dari mula..
Maafkanku yang selalu menangguh-nangguh...

Duhai tunangku,
Sesungguhnya kau telah melayanku dengan baik sekali..
Dan telah berjaya memikat hati keluargaku..

Kau telah benar-benar membahagiakanku..
Kau selalu ada saat aku perlukan kamu..
Dan bila kau tiada, aku jadi rindu...

Bakal suamiku..
Terima kasih kerana telah meminangku..

Cinta suci ini hanya untukmu..
Warkah cintaku ini hanya untukmu..
Dari dulu... Mohd Khairul Azhar Zainal...

Love,
Bakal Isterimu

p/s: ayat dari hati memang poyo.. kan kan kan.. :P

No comments: