Sunday, March 10, 2013

Tokwan

Alhamdulillah..

Dengan senyuman tokwan pulang ke rahmatullah di pagi Jumaat yang damai..
Kami bergegas pulang ke Penang sebaik mendapat berita..
Sejuk rasa hati melihat jenazah yang tersenyum..
Hilang rasa sebak di dada, air mata berhenti dari mengalir..

Syukur melihat ramai yang hadir menziarah.. sedekahkan Al-Fatihah dan baca Yassin untuk tokwan..
Penuh masjid ketika solat jenazah.. memang tokwan rajin ke masjid, walaupun kadang-kadang tak berapa larat.. Mudah sekali tokwan dikebumikan.. Ramai yang menghulurkan tangan, mendoakan..

Mendengar cerita tok yang penuh tenang, hati tersentuh sayu..
Inshaa Allah, syurga tempat tokwan..

Kata tok, tokwan sejak akhir-akhir ni memang tak putus-putus solat sunat, puasa sunat dan baca Yassin.. Hingga pada saat akhir hayatnya, perkataan 'Allah' tidak lepas dari bibirnya..
Kata tok, tokwan pergi dengan mudah dan tenang..

Tok kata dah banyak hari tokwan mandi berkali-kali.. Khamis malam, tokwan mintak nak mandi lagi.. Katanya, "Ayah nak balik, depa dah tunggu nak ambik.."

Selesai Solat Subuh, tokwan nak mandi lagi.. dalam keadaan yang sihat (cuma sakit tua), tokwan menghembuskan nafas terakhir di pangkuan tok..

Alhamdulillah... Syukur Ya Allah kerana melahirkan aku dari keluarga ini..
Tokwan memang ayah yang baik.. bukan mudah nak membesarkan 13 anak yang majoritinya perempuan..

Masa mama beritahu tok, kami nak percepatkan tarikh nikah, tokwan yang paling gembira..
Beria-ia tokwan nak datang KL.. Tok kata tokwan nak pi jugak.. naik bas pon takpa, tokwan kena pi.. tokwan kata "Ayah kena pi jugak.. Lepas ni ayah tak boleh pi dah.."
Tok tanya, "pasaipa pulak tak boleh?"
Tokwan jawab, "Entahkan ayah dah tak larat, entahkan ayah dah meninggal.."
Dan Allah perkenankan permintaan tokwan.. Maksu Linda bawak tokwan sampai KL..
Senyum ja tokwan sepanjang majlis..

Terima kasih Ya Allah.. Syukur Alhamdulillah.. Tempatkanlah tokwan di kalangan orang-orang beriman.. Lapangkan kubur tokwan, terangkan kubur tokwan. Jadikan kubur tokwan taman syurgaMu Ya Allah...

Majlis tahlil untuk tokwan.. Alhamdulillah ramai sungguh yang datang... Terima kasih semuanya...


p/s: Alhamdulillah, keluargaku masih tidak berhenti belajar dan mendalami agama Islam.. semakin hari semakin baik.. semakin lama ilmu semakin bertambah dan dikongsi bersama semua.. Syukur atas nikmatMu Ya Allah...

No comments: