Sunday, November 10, 2013

lullaby for dear baby

memang dah lama duk mencari buku kisah para nabi dan rasul untuk dijadikan bahan bacaan buat anakanda sebelum tidur..

pengaruh crite 'Baby's Day Out'.. haha!

tapi buku kisah nabi dan rasul untuk kanak-kanak yang senang dan mudah difahami memang susah nak jumpa.. biasanya cerita mesti panjang dan ayat agak sukar difahami..

minggu lepas jalan-jalan ngan hubby (ada urusan kerja sebenarnya) kat Amcorp Mall, 'tersinggah' la kat Popular kat situ..
dan yes! jumpa jugak buku yang sesuai.. ayat senang nak faham.. ada gambar yang menarik. simple.
so, beli! yeay! RM19.90 sahaja.. sangat sesuai dijadikan bahan bacaan sebelum tidur untuk anak yang belum pandai membaca.. :)


upload kat facebook, dan ada yang tanya takda ke English version? hurm…
masa kat Popular tu ada nampak buku english (Islamic) tapi tak nampak pulak The Prophet Story..

tapi terjumpa website ni, dan lebih kurang sama macam buku di atas, ayat mudah difahami, simple..
cuma masalahnya, bukan buku.. so i was thinking, either nak cari gak buku tu untuk dibeli ataupon nak print dan buat buku sendiri.. yeah, takkan nak mengadap laptop pulak sebum tidur kan.. macam mana nak baca sambil baring.. huhu

http://www.al-islam.org/gallery/kids/books/stories/ ini link kisah nabi English version tu..

Al-Qur'an 

Surat Al-`Alaq


بسم الله الرحمن الرحيم

Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah, - [96:3]
Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, - [96:4]

No comments: