Saturday, July 06, 2013

Kuih Raya Wajib Zaman Remaja

hah.. bulan puasa dah nak dekat ni.. 

teringat dulu-dulu masa time sekolah menengah, aku duk langkawi..
selalu pi umah makngah kat berek polis marine kuah utk berbuka puasa, kakadang tido sana 2-3 malam.. bila dah tidoq umah makngah, mcm biasalah buat project ngan cousin aku kak yarn..

bulan puasa kan, selain masak juadah berbuka (biasanya makngah la yg masak kan) kami buat kuih raya.. antara kuih raya wajib yg kami mesti buat sama-sama termasuklah:

1) biskut hati terguris
2) tart nenas honey star
3) cornflakes madu

 kalau kaklong ani ada, dia confirm ajak buat biskut arab.. 

masa kat umah ngan zira pon kami ada gak buat kuih-kuih raya ni berdua.. sama-sama prepare barang-barang, aku tukang bancuh, zira tukang bakaq.. so part oven ni aku ada sikit fail la..

hurm, ingat tahun ni nak buat kuih raya sendiri la sesikit.. maklumlah tahun pertama beraya sebagai seorang isteri.. hehehe.. 

for now, aku nak share resipi dulu.. nanti kalau dah buat, inshaa Allah aku post gambar dan maybe prosesnya sekali.. 


Resipi Biskut Hati Terguris

Bahan-bahan:
  1. 3 cawan tepung gandum
  2. 1 1/2 cawan gula halus
  3. 1 1/2 cawan tepung  jagung
  4. 250 gm buttercup
  5. 1 1/2 camca vanila
  6. 1 1/2 camca baking powder
Cara-cara:
  1. ayak tepung,tepung jagung,bersama baking powder.
  2. masukkan butter.
  3. gaul rata-rata menggunakan hujung jari
  4. masukkan gula halus dan vanila.
  5. canai 3/4 inci tebal.
  6. cakar dengan garpu.
  7. kemudian terap dengan acuan yang disukai.
  8. bakar sehingga masak

Resipi Tart Nenas Honey Star


Bahan-bahan ( 50 biji (satu balang) ) :


  1. 1 buku buttercup (250gm)
  2. 2 sudu besar minyak sapi
  3. 1 cawan tepung gandum
  4. 2 cawan tepung kastard - lebih tepung kastard akan buat kuih tart berbau lebih wangi dan menghasilkan warna kuning yg cantik
  5. 2 sudu besar gula kaster
  6. 2 biji kuning telur
  7. honey star
  8. inti tart: 4 biji nenas sederhana besar(anggaran) dipotong kecil dan dimesin....kemudian masak nenas yang telah dimesin kedalam kuali sehingga menjadi jem nenas.....setelah jem hampir masak, masukkan gula dan kacau lagi sehingga masak.bagi mengelakkan jem yang dimasak tadi hangus,pastikan api tidak terlalu besar.

  • p/s: 2 cawan nenas(yang telah dimesin) = 1 cawan gula.


Cara-cara :
  1. pukul butter dgn gula kaster hingga kembang.
  2. masukkan minyak sapi dan kuning telur.. gaul lagi hingga sekata..
  3. masukkan tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung sedikit demi sedikit.. gaul hingga sekata..
  4. gaul tepung hingga sekata..jangan terlalu lembik atau keras..biar senang untuk diterap..
  5. canai doh..dalam setebal 1cm..jika doh melekat di papan penggelek, tabur tepung gandum sikit2 supaya doh tidak melekat..
  6. kemudian terap guna acuan tart bunga..untuk mengelakkan tepung dari melekat dalam acuan, ambil acuan tart dan tabur tepung gandum sikit2 pada acuan tersebut.pastikan tepung kena menyeluruh pada acuan..ini adalah bg mengelakkan doh dari melekat pada acuan. cara ini juga dapat menghasilkan bunga tart yg cantik apabila diterap..
  7. setelah selesai, ambil jem dan diletak pada bunga tart... kemudian letak honey star di atas jem..
  8. bakar pada suhu 150'c selama 20 minit.. bergantung kepada oven..
  9. setelah masak tggu kejap kemudian alihkan tart perlahan2.. ini kerana tart tersangat lah gebu..so kena hati2.. 


p/s: okay, resipi 2 ni dulu.. nak try dulu buat tgk cemana.. ^_^

No comments: