Wednesday, June 26, 2013

perempuan mengandung.. kuat jealous..?

i don't know why, lately i felt a little uneasy with things...
honestly, selama ni susah aku nk tunjuk kat sesiapapon kalau aku ada rasa jealous..
in fact, that feelings used to be ridiculous to me.. jealous? cemburu..? come on..!
jatuh ego i kalau org tau i jealous okay! haha.. :P ish, selama ni aku rasa jealous ni mcm benda pelik-pelik la.. 

tapi since aku pregnant ni, ntah kenapa sensitif benar perasaan ni..
cemburu, curiga, mcm-mcm rasa ada.. cemburu tak kena tempat semua ada lah..

pantang hubby bertegur sapa dgn pompuan.. pompuan cun ke tak cun ke, bujang ke dah kahwin ke, nampak mesra sikit je, borak lama sikit je, mulala hati aku meronta-ronta.. air mata tak sesabar nk keluar.. apatah lagi kalau pompuan tu seksi gedik-gedik, lagi terbakar la perasaan aku..  adoila pon nye kan...! grrrr....

dahla hubby aku ni peramah mesra orgnya.. outgoing gitu.. pastu kat tempat kerja plak mmg bergaul dgn ramaaaai sangat pompuan.. hubby plak dgn almost semua org dia selamba je bertegur sapa, buat lawak, bergurau senda (which aku rasa something yg best ada kat dia sebelum ni).. sekarang... adoi seksanya rasa........ lagi seksa bila aku menyaksikan sendiri di depan mata, keramahannya itu tanpa mampu berkata apa-apa di situ.. :(
berperang sendiri je otak dan hati...

aku tau takda apa-apa.. otak cakap "relaks, it's nothing".. tapi hati aku plak, mcm nak meletop je bila tgk dia bergurau senda ngan pompuan lain.. dahla aku tak berapa kenal semua pompuan-pompuan tu.. ada yg mmg tak kenal langsung la.. pastu plak ada sesetengah awek-awek ni, depan hubby aku bukan main mesra sembang ngn aku, tanya itu ini.. tapi bila hubby aku takda punyalah dia nk tarik muka, aku tanya pon buat-buat tak dengar je.. astaghfirullah, did i just start judging people now..? tak suka nya berfikiran mcm ni... adoi perasaan buruk.. tolongla hilang, aku taknak attract benda-benda negatif ni.. (ni lah akibatnya bila dah start tgk drama-drama di TV.. skang musim Dahlia.. haih, kan abah dah pesan...!! jangan tengok..! ketegaq sungguhla..)

okay, sebab aku taktau nak consult dgn siapa, so aku mintakla pendapat pakcik google, mcm biasa.. 
so pakcik google kata, kena luahkan perasaan aku kat someone.. hurm, kat siapa? aku adalah ckp kat hubby tapi dia mcm bengang la plak.. antara cara lain ialah dgn luahkan kat blog.. seriously..? hurm... okay, so here i am..

dan aku jumpa plak doa ni.. hopefully this helps... inshaa Allah...


DOA UNTUK HATI YANG RESAH

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ampunilah segala dosa-dosaku, sama ada sedar atau tidak sedar. Hanya Engkaulah yang dapat mengampuni dosa-dosaku yang banyak ini Ya Allah

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Mendengar rintihan hamba-hamba-Nya.

Hiasilah hatiku, peribadiku dan seluruh kehidupanku dengan rasa kasih dan sayang serta 
mahabbah. Baikilah tutur kataku, lisanku dan gerak lidahku supaya tidak mengaibkan orang lain.
Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Lembut.

Peliharalah akhlakku dan adabku di mana sahaja supaya aku dapat memelihara diriku sebaik-baiknya. Pimpinlah aku untuk membentuk bunga-bunga akhlak yang harum tatkala orang lain memandang rendah dan membenci aku, Ya Allah.

Ya Allah,

Dalam kesunyian malam ini, aku bangun untuk bersujud dan menghadap-Mu. Aku menyerahkan seluruh jiwaku kepada-Mu. Jiwa hamba mengharap perhatian dan ehsan daripada Tuhannya. Ya Allah, hatiku amat resah, gelisah dan meronta-ronta kerana ujian kecil yang Engkau berikan ternyata umpama batu besar yang menimpa seluruh badanku. Tidak terdaya untuk aku menolak jauh-jauh batu besar itu. Ya Allah, Tuhan yang Maha Mendengar, dengarkanlah.

Dengarlah rintihan hatiku ini. Bantulah aku Ya Allah. Aku tidak terdaya untuk berhadapan dengan ujian jiwa yang berat ini. Berilah jalan keluar, tunjuklah pintu-pintu penyelesaian yang terbaik buatku.

Ya Allah, barangkali ujian ini Engkau limpahkan kepadaku kerana aku mulai renggang dengan Engkau, maafkan aku Ya Allah. Janganlah Engkau menambah lagi beban hidupku ini. Engkau singkap sahaja penderitaanku supaya aku dapat kembali sujud dan memohon keampunan-Mu Ya Allah.

Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Pengampun.

Aku tidak mengerti apakah ujian Engkau kepadaku untuk kali ini. Sakitnya terasa hingga ke lubuk hati. Aku menanggung duka dan derita. Hanya Engkaulah tempat aku mengadu keluhan dan rasa hati. Ya Allah, bantulah aku, tolonglah aku. Tunjukkan pintu hidayah-Mu kepadaku supaya aku dapat keluar dari ujian yang berat ini.

Ya Allah, maafkan aku, ampunilah kesalahanku. Ya Allah.

Aaminnn Ya Rabbal a'alamin

p/s: i hope this morning sickness and all the stupid feelings akan hilang secepat mungkin.. please.....

......

pssst: it's nearly midnight, and i'm reading this post again.. now, the whole post sounded somewhat a little unfair.. i need to add this:

i'm sorry.. my hubby adalah seorang suami yg saaaangat baik.. syukur Alhamdulillah.. besar usaha dan pengorbanan dia utk memelihara keluarga baru kami.. again, Alhamdulillah, syukur Ya Allah, The Greatest.. sometimes, I feel like i don't deserve your mercy, but thankfully You are The Most Merciful.. syukur Alhamdulillah.. Astaghfirullahal'azim... 

if you are reading this, thank you so much dear husband.. thank you so much.. terima kasih sebab sayang I sebanyak ini.. thank you... :

ok, nk tambah sekeping gambar terbaru dapat je tadi.. winks! ^_^
gambar-gambar lain akan diupload in the next post inshaaAllah.. 



No comments: