Tuesday, December 25, 2012

Kenduri kendara

Weekend lepas aku balik kampung.. Perjalanan 4 jam dengan maksu kerana AES di sana sini, jadi tak boleh nak bawak laju walaupon jalan tak jam...
Perjalanan sangat lancar.. Syukur Alhamdulillah kami selamat tiba tepat pada waktu makan jam 10.30 malam di rumah makngah.. hehehe.. Cuma terlepas majlis Akad Nikah yang dah berlansung lepas A'sar di Masjid.. Riuh rendah dengan adik beradik.. maklumlah keluarga aku memang besar...

Esoknya lagilah riuh... kenduri.. ok jom tgk gambar yg maksu sempat snap dan upload...


ok jangan pelik.. ni mmg bukan gambar wedding.. sebelum ke rumah makngah kami sempat singgah di rumah baru Maksu Linda.. dah macam showroom.. maksu linda mmg terer ar bab mencantikkan sesuatu ni... salute!


ha! amek hang! ni barulah Merah Makngah! dapat gak makngah buat wedding anak last dia ni ikut warna kesukaan dia dari dulu yang mmg diketahui oleh seluruh keluarga... cantik pulak tu izati pakai warna merah menyala mcm ni...


yang ni pulak berpossing dulu kat butik pengantin untuk baju kedua.. lepas ni nak pi photoshoot outdoor..

dan seperti dijangka hujan turun mencurah-curah.. pikiaq punya pikiaq punya pikiaq, tetiba izati ajak pi stesyen keretapi lama Parit Buntar.. Great Idea indeed!!!


erk, ni pengantin lama bukan pengantin baru... hahaha! gambaq pengantin maksu tak upload la plak kan.. nanti maksu dah upload aku tambah kat sini... ni cik maksu berpossing ngan anakanda kesayangannya...


hehe.. dan aku takkan nak terlepas peluang tgk saja depa duk berpossing depan Samsung Galaxy Note 2 maksu yang cun melecun tu kan..... hahaha! inilah hasilnya.. menunggu keretapi yg tak kunjung tiba sebab stesyen ni dah tutup sebenarnya.. LOL!

ok, seperti yang dijanjikan.. ni gambar pengantin di Stesen Ghetapi Paghit Buntaq...

p/s: Alhamdulillah, balik kampung kali ni dapat Solat Berjemaah dengan Abah dan Mama.. Abah jadi Imam ku buat pertama kalinya dalam hidupku.. Walaupon bacaan abah tak macam ustaz, tapi sanagt berkesan di jiwa aku... mungkin sebab dia abah aku kan.. Indah sungguh rasanya solat berjemaah dengan kedua ibubapa.. Alhamdulillah syukur Ya Allah beriku kesempatan ini....

Then you turned away after that. And if not for the favor of Allah upon you and His mercy, you would have been among the losers. Al-Baqarah:64

No comments: